Pada 1 Mei - 31 Ogos 2020 Jabatan Warisan Negara melalui Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan Sayembara Dendangan Syair dalam Talian. Sayembara Dendangan Syair merupakan program tahunan anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara di Jabatan Warisan Negara yang buat julung kalinya disemarakkan pada tahun 2018. Berikutan daripada Pandemik Covid -19 yang telah melanda negara, bagi meneruskan usaha dalam menjayakan Sayembara Dendangan Syair bagi tahun 2020, Jabatan Warisan Negara telah mengambil insiatif untuk menjayakan Sayembara Dendangan Syair dalam Talian sebagai langkah untuk mengengkang penularan wabak Covid-19 yang sedang menular dalam negara.

 

Sayembara Dendangan Syair dalam Talian dilaksanakan dengan menggunakan medium perantara secara dalam talian (online). Pertandingan ini terbuka kepada semua kaum, agama dan pelbagai peringkat umur yang mempunyai bakat dalam dalam dendangan syair tradisional. JWN telah menetapkan tema Seni Budaya dan Warisan untuk dipadankan dengan tujuh irama syair iaitu perantau, batu belah, tok kenali, selendang delima, sarawak/narasi, perindu dan dandan setia mengikut kesesuaian teks dan kepakaran setiap peserta. Pemenang telah menerima hadiah wang tunai RM1000 (Juara), RM800 (Naib Juara) dan RM600 (Tempat Ketiga) beserta sijil penyertaan.

 

Penganjuran sayembara kali ini jelas menunjukkan seni, budaya dan warisan dapat diketengahkan dan disebarluaskan kepada masyarakat walau dalam apa jua keadaan termasuklah dalam tempoh negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.  Program ini juga dapat mencungkit bakat kreativiti rakyat Malaysia dalam menghasilkan video dendangan syair sepanjang tempon Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.

 

 

 

 

 

SENARAI PEMENANG SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR DALAM TALIAN

BIL

KEDUDUKAN

NAMA PEMENANG

TAJUK ARTIKEL

1.

Juara

Siti Nur Balqis binti Shaharum

 

Syair Cintai Bahasa Melayu

 

Irama: Selendang Delima

 

2.

Naib Juara

Siti Aisyah binti Muhamad

 

Cintai Bahasa Melayu

 

Irama: Batu Belah

 

3.

Ketiga

Muhammad Rais bin Mohd Iqbal

 

Kelebihan Ilmu

 

Irama: Narasi