PERTANDINGAN PENULISAN PUISI DALAM TULISAN JAWI
- Details
- Super User
- Berita JWN
- Hits: 481
Pada 18 April – 30 Jun 2020 Bahagian Warisan Tidak Ketara melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Puisi dalam Tulisan Jawi. Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada Program dalam Talian Warisan Tidak Ketara selaras dengan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Pemulihan Wabak COVID-19 Sektor Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 8 April 2020 yang telah memutuskan bahawa setiap Jabatan / Agensi di bawah Sektor Kebudayaan MOTAC dikehendaki untuk melaksanakan Pelan Tindakan Bagi Pemulihan Wabak COVID-19 mengikut Fasa Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pertandingan Penulisan Puisi dalam Tulisan Jawi dilaksanakan dengan menggunakan medium perantara secara dalam talian (online) kepada peserta untuk menghantar hasil penulisan dengan tulisan tangan kepada urusetia pertandingan. Pertandingan ini terbuka kepada semua kaum, agama dan pelbagai peringkat umur yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dengan menggunakan tulisan Jawi. Terdapat tiga tema yang ditetapkan bagi pertandingan ini iaitu Sayangi Warisan Kita, Semarak Patriotik dan Bahasa Jiwa Bangsa. Pemenang telah menerima hadiah wang tunai RM1000 (Juara), RM800 (Naib Juara) dan RM600 (Tempat Ketiga) beserta sijil penyertaan.
Hasil dari pertandingan ini dapat melestarikan tulisan Jawi yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) pada tahun 2009. Program ini telah berjaya dilaksanakan untuk membudayakan tulisan Jawi dalam masyarakat Malaysia. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, penganjuran pertandingan ini dapat mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat. Malahan, pertandingan ini dapat memantapkan penguasaan penulisan Jawi dan sastera serentak serta memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk melibatkan diri secara langsung dalam mempraktikkan tulisan Jawi.
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN
PENULISAN PUISI DALAM TULISAN JAWI
BIL |
KEDUDUKAN |
NAMA PEMENANG |
TAJUK ARTIKEL |
1. |
Juara |
Muhamad Faiz bin Md Nayan |
Pusaka Maruah Sumpah Setia |
2. |
Naib Juara |
Syahirah Nabilah binti Muhammad Sabri
|
Sayangi Warisan Kita |
3. |
Ketiga |
Miqdad Alwi bin Mohd Farizan
|
Indahnya Busana Melayu |
