Pada 18 April – 30 Jun 2020 Bahagian Warisan Tidak Ketara melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Artikel dalam Tulisan Jawi. Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada Program dalam Talian Warisan Tidak Ketara selaras dengan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Pemulihan Wabak COVID-19 Sektor Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 8 April 2020 yang telah memutuskan bahawa setiap Jabatan / Agensi di bawah Sektor Kebudayaan MOTAC dikehendaki untuk melaksanakan Pelan Tindakan Bagi Pemulihan Wabak COVID-19 mengikut Fasa Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pertandingan Penulisan Artikel dilaksanakan dengan menggunakan medium perantara secara dalam talian (online) kepada peserta untuk menghantar hasil penulisan dengan tulisan tangan kepada urusetia pertandingan. Pertandingan ini terbuka kepada semua kaum, agama dan pelbagai peringkat umur yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan serta menyediakan platform kepada peserta menyerlahkan bakat, pendapat, idea dan kajian baru bidang seni budaya dan warisan dalam bentuk penulisan ilmiah. Terdapat tiga tema yang ditetapkan bagi pertandingan ini iaitu Peranan Tradisi Seni, Budaya Warisan di Masa Kini, Seni, Budaya dan Warisan Lambang Tamadun Kita dan Martabatkan Seni, Budaya dan Warisan ke Peringkat Dunia. Pemenang telah menerima hadiah wang tunai RM1000 (Juara), RM800 (Naib Juara) dan RM600 (Tempat Ketiga) beserta sijil penyertaan.

 

Penganjuran program ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pertandingan ini  juga dapat mempromosikan seni, budaya dan warisan negara sekaligus memberi manfaat kepada peserta dengan pendedahan terhadap penulisan artikel. Penganjuran pertandingan ini juga dapat meluaskan pengetahuan, penggunaan Bahasa Melayu dalam melestarikan seni budaya dan warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Selain itu dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penulisan berbentuk ilmiah berkaitan seni budaya dan warisan sebagai agen pendokumentasian dan penyebaran ilmu yang penting.

.

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL

 

BIL

KEDUDUKAN

NAMA PEMENANG

TAJUK ARTIKEL

1.

Juara

Siti Suriani binti Othman

Memartabatkan Seni, Budaya Dan Warisan Malaysia Di Persada Dunia: Satu Tinjauan Umum

 

2.

Naib Juara

Wan Mohd Azhar bin Wan Mahamod

 

Tulisan Jawi Pemudahcara Pembelajaran Al-Quran: Warisan Bangsa Yang Tidak Ternilai

 

3.

Ketiga

Nik Muhammad Hakimi bin Nik Puzlan

 

2020 Hala Tuju Seni, Budaya Dan Warisan Malaysia Dalam Masyarakat Majmuk Era Ini