Pada 18 April – 30 Jun 2020 Bahagian Warisan Tidak Ketara melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Esei Jawi. Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada Program dalam Talian Warisan Tidak Ketara selaras dengan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Pemulihan Wabak COVID-19 Sektor Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 8 April 2020 yang telah memutuskan bahawa setiap Jabatan / Agensi di bawah Sektor Kebudayaan MOTAC dikehendaki untuk melaksanakan Pelan Tindakan Bagi Pemulihan Wabak COVID-19 mengikut Fasa Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Matlamat utama penganjuran Pertandingan Penulisan Esei Jawi adalah untuk Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap penggunaan tulisan Jawi yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) pada tahun 2009 melalui penulisan selain untuk menyediakan platform bagi peserta menyerlahkan bakat dan idea. Pertandingan ini dilaksanakan dengan menggunakan medium perantara secara dalam talian (online) kepada peserta untuk menghantar hasil penulisan mereka kepada urusetia pertandingan dalam tempoh PKP. Pertandingan ini terbuka kepada semua kaum, agama dan pelbagai peringkat umur yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dengan menggunakan tulisan Jawi. Terdapat tiga tema yang ditetapkan bagi pertandingan ini iaitu Tulisan Jawi Sebagai Wahana Persuratan, Memartabatkan Tulisan Jawi dan Tulisan Jawi Sebagai Identiti Negara. Pemenang telah menerima hadiah wang tunai RM1000 (Juara), RM800 (Naib Juara) dan RM600 (Tempat Ketiga) beserta sijil penyertaan.

 

Penganjuran program ini jelas menunjukkan seni, budaya dan warisan dapat diketengahkan dan disebarluas kepada masyarakat walau dalam apa jua keadaan serta kaedah, termasuklah dalam tempoh negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Pertandingan ini mencungkil kreativiti dalam bidang penulisan esei dan tulisan Jawi. Di samping membudayakan Jawi, penganjuran pertandingan ini dapat menarik minat generasi muda kepada keindahan dan kehalusan tulisan Jawi. Pertandingan ini juga dianjurkan untuk memberi kesedaran bahawa tulisan Jawi bukan hanya berperanan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan sahaja.

 

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN ESEI JAWI

BIL

KEDUDUKAN

NAMA PEMENANG

TAJUK ARTIKEL

1.

Juara

Nik Muhammad Hakimi bin Nik Puzlan

Memartabatkan Tulisan Jawi Tangungjawab Bersama

 

2.

Naib Juara

NurNajiha binti Jahari

Memartabatkan Tulisan Jawi

 

3.

Ketiga

Sitti Diana Tamjehi

Faktor Kejayaan Memantapkan Tulisan Jawi di Malaysia