YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Dasar Permuziuman Negara dan Kempen Kembali ke Muzium. Dasar dan Garis Panduan tersebut diwujudkan bagi memperkemas hala tuju institusi permuziuman tanah air khususnya selepas mengambil kira perkembangan dan kepentingan penubuhan muzium yang makin meningkat kebelakangan ini.

Kempen “Kembali ke Muzium” merupakan inisiatif pihak Jabatan Muzium Negara (JMM) dalam mempromosikan semua muzium di seluruh negara. Pelbagai program menarik telahpun diatur, sekaligus merancakkan semula pelancongan domestik.

Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Pengurusan Tertinggi MOTAC.