Kerja- kerja pemantauan/penilaian telah diadakan pada 11 hingga 16 Mei 2018 untuk penyediaan laporan Heritage Impact Assessment (HIA) bersama pakar yang dilantik dengan penglibatan seramai 4 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Arkeologi terlibat.
Pada 7 jun 2018, Jabatan Warisan Negara bersama-sama Universiti Sains Malaysia telah menerima lawatan daripada YAB Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah Kedatangan YAB Menteri Besar bertujuan untuk melihat sendiri dan mengetahui sejarah Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah yang merupakan salah satu penemuan penting dan bukti sejarah terawal yang berada di negeri Kedah. Sepanjang tempoh lawatan YAB Menteri Besar telah diberi penerangan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin dari Universiti Sains Malaysia tentang penemuan dan bukti sejarah yang telah dibuat kajian terperinci di tapak tersebut.
Di antara tahun 1919 hingga 1939, sebanyak 9 buah kubur telah dijumpai oleh Evan (1928), Collings (1937), Wilkinson (1939) dan lain-lain meliputi tapak di seluruh daerah Bernam di Selangor, Slim River, Sungai Kruit, dan Sungkai di Perak. Menurut rekod Jurnal Lembaga Muzium Negeri Selangor Jilid 1, Bil. 1, Jun 1993, di Changkat Menteri, Mukim Ulu Bernam terdapat 2 buah tapak kubur kepingan batu yang pernah dijumpai, direkodkan dan telah dibuat ekskavasi oleh Profesor Leong Sau Heng dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium Negeri Selangor pada tahun 1992. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Sungai Bernam yang pada zaman dahulu…
Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Survei dan penyelidikan yang dijalankan oleh JWN adalah rentetan dari jumpaan artifak kapal karam yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Minggu hari Ahad bertarikh 20 Mei 2012. Berita bertajuk “Harta Karun Pulau Bidong” ini telah ditulis dan disunting oleh wartawan Jamhariah Jaafar, presiden Coral Malaysia.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my