Wednesday, 05 August 2020 23:13

BENGKEL GARIS PANDUAN DAN TATACARA PERLINDUNGAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA: MAKANAN WARISAN KEBANGSAAN

Written by

                  Bengkel Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara: Makanan Warisan Kebangsaan anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) telah diadakan pada 27-29 Ogos 2019 yang lalu di Shah Alam, Selangor. Bengkel ini juga merupakan ”pilot study” bagi BWTK untuk dijadikan kayu ukur bagi menetapkan satu kaedah yang seragam berkenaan tatacara perlindungan warisan kebudayaan tidak ketara khususnya merujuk kepada makanan Warisan Kebangsaan. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mewujudkan ruang percambahan dan perkongsian ilmu antara agensi kerajaan yang terlibat termasuk ahli akademik bagi menghasilkan tatacara untuk rujukan dan panduan sesuai dan relevan digunapakai di Malaysia. Sehingga tahun 2018, sebanyak 213 makanan/minuman Warisan Kebangsaan tempatan telah diwartakan dibawah Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] dan Seksyen 124(f), Akta yang sama menyatakan perlu menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara.

                   Bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai, input dan maklum balas daripada para peserta yang terlibat secara langsung dalam bidang makanan warisan atau gastronomi diperlukan. Justeru, para peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan JWN terutamanya daripada Bahagian (BWTK), ahli akademik bidang kulinari, pakar masakan (chef), persatuan gastronomi, agensi kerajaan berkaitan serta operator makanan warisan.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable