Wednesday, 05 August 2020 23:20

Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019

Written by
Bengkel Songket: Representative List 
of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019


                          Pada 20-21 Mac 2019 yang lalu telah berlangsungnya Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor. Bengkel yang menjadi ruang perbincangan dan perkongsian idea itu diadakan untuk mengumpul dan memperkemaskan maklumat bagi Pencalonan Songket sebagai Warisan Dunia 2019 di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO. Usaha murni yang dilaksanakan ini adalah bersesuaian dengan kehendak Borang Pencalonan UNESCO sebelum dihantar kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2019. Selain itu, bengkel tersebut juga bertujuan mendapatkan persetujuan bersama dari semua pihak yang terlibat secara langsung dengan elemen songket. Justeru itu, bengkel tersebut telah disertai oleh beberapa wakil dari agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik, jawatankuasa pakar busana, tekstil dan seni hias diri serta para penggiat songket. Menerusi pelaksanaan bengkel tersebut, semua peserta telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan untuk mengangkat dan mencalonkan songket bagi mendapatkan pengiktirafan  Warisan Dunia UNESCO. Dengan pengiktirafan ini diharapkan semoga ia menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk lebih serius menceburi bidang seni kraf warisan Songket di samping dapat memartabatkan dan melindungi elemen songket daripada terus pupus.

  




JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable