Wednesday, 05 August 2020 23:22

SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Written by
SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


                  Sayembara Dendangan Syair 6 Zon diadakan dan disemarakkan di peringkat zon utara (14 September 2019), zon selatan (21 September 2019), zon tengah (28 September 2019), zon timur (5 Oktober 2019), zon Sarawak (12 Oktober 2019) dan zon Sabah (19 Oktober 2019) seterusnya ke peringkat Kebangsaan (peringkat akhir) di Dewan Tunku Abdul Rahman, (MaTiC) Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2019. Sayembara Dendangan Syair 6 Zon Peringkat Kebangsaan (akhir) ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

                  Penganjuran Sayembara Dendangan Syair 6 Zon ini akan menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap syair yang kini dilihat semakin jarang dipersembahkan dalam mana-mana program mahupun pertandingan. Sayembara ini juga boleh dijadikan platform bagi peserta menyerlahkan bakat dalam penyampaian dan persembahan puisi tradisional. Syair telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

                  Johan di setiap zon membawa pulang RM 1000, naib johan RM800, Tempat Ketiga RM500 manakala Juara Peringkat Kebangsaan membawa pulang RM 3000 yang dimenangi oleh Cik Shaidatul Nadira binti Harun (Zon Selatan), Naib Juara membawa pulang RM2000 yang dimenangi oleh Cik Siti Aisyah binti Muhamad (Zon Utara) dan Tempat Ketiga oleh Encik Ariff Adly bin Mohamad (Zon Sarawak) yang membawa pulang RM1000.

                 Dengan adanya penganjuran sayembara ini ia dapat membentuk keperibadian peserta melalui puisi tradisional disamping memulihara dan menjamin kelangsungan hayat warisan tidak ketara.


JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable