Super User

Super User

Thursday, 22 October 2020 14:02

KERATAN AKHBAR 17 OKT 2020

Monday, 14 September 2020 14:24

KURSUS PENILAIAN OBJEK WARISAN TIDAK KETARA

KURSUS PENILAIAN OBJEK WARISAN TIDAK KETARA

 

Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menganjurkan kursus-kursus dalaman dalam usaha untuk menambahbaik tingkat kemahiran dan kepakaran kakitangan Jabatan dalam penilaian satu-satu objek warisan tidak ketara secara umumnya. Pada 25-26 Oktober 2019 yang lalu, satu kursus penilaian objek warisan tidak ketara telah dilaksanakan di Shah Alam yang melibatkan 35 orang peserta terlibat kakitangan Jabatan daripada pelbagai bahagian dan zon.

Kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada kakitangan berkaitan kaedah penilaian objek warisan tidak ketara. Penilaian yang tepat perlu dilaksanakan dengan betul bagi menentukan tahap sesuatu objek sama ada dikategorikan sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan. Kriteria penilaian yang digunakan adalah berdasarkan Seksyen 67, [Akta 645] yang menggariskan 9 ciri yang perlu diambil kira dalam penentuan kategori ini.

Fasilitator kursus ini adalah En. Khalid b. Syed Ali, merupakan juga Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara yang berpengalaman luas dalam bidang Warisan Kebudayaan Tidak Ketara. Kursus yang dilaksanakan secara sesi penerangan, perbincangan kajian kes serta pembentangan kumpulan ini berjaya membuka mata para peserta tentang kepentingan membuat penilaian dan kriteria-kriteria penting sesuatu objek dalam mengklasifikasikan sesuatu objek warisan kebudayaan tidak ketara. Kakitangan Jabatan juga perlu bersedia dalam menjawab persoalan-persoalan yang mungkin diutarakan oleh orang awam, termasuklah persoalan kriteria pemilihan ini dengan mengikut garis panduan WTK sedia ada dan juga Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

BENGKEL GARIS PANDUAN DAN TATACARA PERLINDUNGAN
WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA:
MAKANAN WARISAN KEBANGSAAN

 

Bengkel Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara: Makanan Warisan Kebangsaan anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) telah diadakan pada 27-29 Ogos 2019 yang lalu di Shah Alam, Selangor. Bengkel ini juga merupakan ”pilot study” bagi BWTK untuk dijadikan kayu ukur bagi menetapkan satu kaedah yang seragam berkenaan tatacara perlindungan warisan kebudayaan tidak ketara khususnya merujuk kepada makanan Warisan Kebangsaan. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mewujudkan ruang percambahan dan perkongsian ilmu antara agensi kerajaan yang terlibat termasuk ahli akademik bagi menghasilkan tatacara untuk rujukan dan panduan sesuai dan relevan digunapakai di Malaysia. Sehingga tahun 2018, sebanyak 213 makanan/minuman Warisan Kebangsaan tempatan telah diwartakan dibawah Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] dan Seksyen 124(f), Akta yang sama menyatakan perlu menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara.

Bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai, input dan maklum balas daripada para peserta yang terlibat secara langsung dalam bidang makanan warisan atau gastronomi diperlukan. Justeru, para peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan JWN terutamanya daripada Bahagian (BWTK), ahli akademik bidang kulinari, pakar masakan (chef), persatuan gastronomi, agensi kerajaan berkaitan serta operator makanan warisan.

MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNGNYA: MEMPERKENALKAN PERMAINAN TRADISIONAL KEPADA GENERASI MUDA

    

 

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang membawa maksud jika hendak mengajar sesuatu, pengajaran itu harus bermula seawal usia muda supaya ia menjadi sebati dan lazim sehingga dewasa kelak. Justeru, pada 19 April 2019 yang lalu, Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) telah memenuhi jemputan pihak Tabika Perpaduan Apartment Anggerik, Puchong, Selangor Darul Ehsan bagi memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak tabika berkenaan. Program ini telah disertai lebih kurang 20 orang murid berusia diantara 5-6 tahun dibawah pemantauan dua orang guru. Pengisian progam dilaksanakan secara demonstrasi dan hands-on bagi menarik perhatian minat mereka. Permainan yang dimainkan sendiri oleh kanak-kanak ini termasuklah galah panjang, tuju tin, congkak, batu seremban dan tutup botol. Ternyata kanak-kanak ini teruja mencuba semua permainan tradisional ini dan ini merupakan suatu pengalaman baru kepada mereka yang rata-rata lebih mengenali permainan berunsur digital seperti komputer, beyblade mahupun youtube. Program seumpama ini wajar diteruskan di semua peringkat pra-sekolah mahupun sekolah rendah dengan sokongan serta kerjasama ahli masyarakat sebagai satu bentuk pendedahan awal bagi mendidik generasi muda mencintai warisan kita.

KURSUS PENYEDIAAN LAPORAN DAN KAEDAH PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN

 

Jabatan Warisan Negara (JWN) mempunyai pelbagai bidang dan komponen seperti warisan tidak ketara, arkeologi, konservasi, penguatkuasaan dan lain-lain. Namun begitu, hampir semua bidang ini akan melibatkan kajian penyelidikan serta penulisan laporan dan penyelidikan. Hasil laporan dan penyelidikan yang berkualiti akan memastikan ia dapat dikongsikan sebagai rujukan pelbagai pihak.      

Bagi meningkatkan pengetahuan kakitangan JWN dalam penyediaan laporan penyelidikan yang berkesan, Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) telah menganjurkan ‘Kursus Penyediaan Laporan dan Kaedah Penulisan Laporan Penyelidikan’. Kursus ini telah berlangsung pada 8 Ogos 2019 yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia, (MaTiC), Jalan Ampang Kuala Lumpur. Penceramah jemputan untuk kursus ini adalah Asst. Prof. Dr. Norzalifa bt. Zainal Abidin, daripada Kuliyyah of Architecture and Environmental Design, International Islamic University Malaysia (UIAM).

Banyak perkara menarik yang telah dikongsikan oleh penceramah sepanjang kursus ini berlangsung termasuklah; kaedah mencari sumber atau bahan dan tips untuk menyediakan dan merangka sesuatu penyelidikan, cara penulisan laporan yang betul serta format dalam menghasilkan laporan penyelidikan yang berkualiti. Berdasarkan perkongsian ilmu tersebut, para peserta diberi tugasan berkumpulan supaya dapat mempraktikkannya dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan tersebut pada sesi petang.

Kursus ini ternyata dapat memberi dan menambah pengetahuan baru kepada para peserta dalam menghasilkan laporan penyelidikan yang betul. Semoga ilmu ini dapat digunapakai dalam menjadikan JWN sebagai pusat kajian dan rujukan warisan budaya negara.   

 

Wednesday, 26 August 2020 16:05

Keratan Akhbar 24 Ogos 2020

Wednesday, 19 August 2020 17:17

Keratan Akhbar 19 Ogos 2020

Wednesday, 05 August 2020 23:24

BENGKEL PEMURNIAAN BUTIRAN WARISAN SYAIR

               
                                                                                                   BENGKEL  PEMURNIAAN BUTIRAN WARISAN SYAIR


                   Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara telah mengadakan Bengkel Pemurnian Butiran Warisan Syair pada 5 hingga 6 April bertempat di Hotel  Best Western i –City Shah Alam. Bengkel ini dihadiri oleh juri-juri Sayembara Dendangan Syair 6 Zon dan para pegawai dan kakitangan Jabatan Warisan Negara. Objektif bengkel ini diadakan  bagi menyediakan satu garis panduan dan tatacara untuk rujukan utama kepada semua pihak berkenaan teks dan irama syair yang akan digunapakai di Sayembara Dendangan Syair 6 Zon.  Bengkel  ini juga untuk mewujudkan ruang percambahan dan perkongsian ilmu antara agensi kerajaan  dan penggiat puisi tradisional agar bagi menghasilkan tatacara untuk rujukan dan panduan bagi pengadilan sesebuah pertandingan puisi tradisional.

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable