BENGKEL PENCALONAN BUTIRAN WARISAN TIDAK KETARA KE UNESCO

 


Jabatan Warisan Negara (JWN) berperanan sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara warisan Negara bagi memastikan kelestarian warisan kekal terjaga. Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diberikan kepada Warisan Negara terdiri daripada warisan ketara dan warisan tidak ketara telah menjadikan butiran ini semakin mendapat perhatian pihak dari dalam mahupun Negara luar. Terbaru iaitu pada 12 Disember 2019, seni pertahanan diri Malaysia yang terkenal sejak sekian lama yang juga merupakan salah satu warisan tidak ketara iaitu Silat telah diiktiraf sebagai warisan dunia UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.

Justeru, bagi memantapkan pengetahuan kakitangan JWN dalam memahami proses pencalonan butiran warisan tidak ketara bagi tujuan pengiktirafan UNESCO, satu bengkel berkaitan telah dilaksanakan oleh Bahagian Warisan Tidak Ketara. Bengkel yang diadakan pada 23-24 September 2020 di Corus Paradise Resort Port Dickson telah disertai seramai 37 kakitangan JWN daripada pelbagai bahagian dan pejabat zon wilayah.

Encik Mohd Syahrin bin Abdullah yang merupakan Pengarah Bahagian Warisan Dunia telah diundang sebagai penceramah jemputan di sepanjang bengkel berlangsung. Beliau yang berpengalaman luas dan telah terlibat secara langsung dalam proses pencalonan butiran warisan Negara ke UNESCO telah berkongsi ilmu bersama para peserta bengkel dengan topic berkaitan implementasi Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003, mengenal pasti borang-borang pencalonan butiran warisan tidak ketara serta aktiviti perbincangan berkumpulan sebagai praktikal kepada peserta bengkel bagi mengisi boring pencalonan tersebut. Rata-rata para peserta memberi maklumbalas yang baik dan sedar kepentingan input yang diperolehi daripada bengkel ini dan hubung kaitnya dengan peranan setiap kakitangan di Jabatan ini. 

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Perbezaan agama, budaya dan adat resam setiap kaum dan etnik dirai dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi dan diamalkan sejak turun temurun ini telah mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan menjadi identiti setiap kaum.

 

            Justeru, Bahagian Warisan Tidak Ketara melalui Cawangan Adat Budaya berperanan untuk melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian dan aktiviti kesedaran serta pengembangan bagi melestarikan serta mendidik masyarakat berkaitan warisan budaya di Malaysia. Warisan adat budaya kita wajar dihargai kerana kepelbagaian dan asimilasi budaya inilah yang membentuk landskap Malaysia pada hari ini sehingga Malaysia dikenali diseluruh dunia. Cawangan Adat Budaya memfokuskan kepada aspek-aspek berikut:-

 

  1. Adat
  2. Makanan warisan
  3. Perubatan tradisional
  4. Permainan tradisi
  5. Pertahanan diri

 

Berikut merupakan tempat-tempat yang mendapat pengiktirafan UNESCO

Melaka Bandaraya Bersejarah

 

Pulau Pinang

Taman Negara Gunung KInabalu

Ruangan ini dalam proses pengemaskinian. Sila layari sedikit masa lagi.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable