FESTIVAL SAYANGI LAHAD DATU 2019

26 Jul 2019 0 comment  

Semarak Warisan “Pertandingan dan Demonstrasi Masakan Warisan Negeri Sabah” merupakan program anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lahad Datu bersempena dengan penganjuran Festival Sayangi Lahad Datu 2019. Program yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Ogos 2019 bertempat di Kompleks Sukan Lahad Datu, Sabah bertujuan untuk mengembalikan semula nostalgia makanan warisan kepada masyarakat khususnya penduduk pelbagai etnik yang terdapat di Lahad Datu tentang kepentingan khazanah makanan warisan yang menonjolkan seni kreativiti masyarakat tempatan (local genius) dalam aspek penyediaan, pembungkusan, cara memasak dan penyediaan makanan. Adalah menjadi aspirasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menerusi JWN untuk meletakkan semula makanan warisan ini ke arus perdana sebagai menu makanan pilihan masyarakat agar kelangsungannya tetap terpelihara. Semoga makanan warisan khususnya di Lahad Datu yang diketengahkan melalui program ini akan menjadi hidangan istimewa ketika jamuan, kenduri kahwin, majlis-majlis rasmi serta menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Lahad Datu seterusnya menjana ekonomi kepada penduduk setempat.

Login to post comments

Langgan Berita

Dapatkan Berita Terkini Percuma!

  • Berita Terkini
  • Acara Terkini
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu