Program Mai Kayuh Warisan Merdeka @ Kedah Tua

09 Ogs 2019 0 comment  

Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Festival Kedah Tua 2019 pada 23 hingga 24 Ogos 2019. Salah satu pengisian festival tersebut ialah Program Mai Kayuh Warisan Merdeka @ Kedah Tua yang berkonsep fun ride bike yang akan dilaksanakan pada 24 Ogos 2019 (Sabtu). Penganjuran program ini merupakan satu mekanisma dalam memupuk kesedaran dan kecintaan masyarakat kepada sejarah negara dan warisan khususnya yang terdapat di Mukim Merbok. Program ini terbuka kepada orang ramai, pelajar IPT/sekolah dan penduduk setempat yang berusia 15 tahun ke atas dengan anggaran penyertaan berjumlah 100 orang yang akan melalui laluan sejauh 25 km. Selain itu, pada setiap checkpoint, para peserta akan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan warisan seperti permainan tradisi, kuiz warisan, membuat replika candi dan sebagainya.

 

Borang Penyertaan

Login to post comments

Langgan Berita

Dapatkan Berita Terkini Percuma!

  • Berita Terkini
  • Acara Terkini
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu