PENGENALAN

 

Bahagian Warisan Tidak Ketara adalah suatu bidang Warisan yang menjadi keutamaan yang merangkumi sesuatu Warisan yang ‘bukan benda’ untuk dinikmati oleh pancaindera manusia. Tegasnya Warisan Tidak Ketara bermakna sesuatu perbuatan atau gerak geri manusia yang boleh dilihat , disentuh , dirasa , dihidu atau didengari ketika ia dilakukan atau wujud, tetapi tidak lagi dapat dinikmati apabila ia tiada atau tamat.

 

Akta Warisan Kebangsaan 2005, mentafsirkan bahawa Warisan Tidak Ketara adalah termasuk mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah , lagu yang dihasilkan melalui muzik , not, lirik , boleh didengar , nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan , puisi, tarian , lakonan sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud berhubung dengan Warisan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan Warisan masyarakat Malaysia.

 

CAWANGAN SENI PERSEMBAHAN

 

Seni Persembahan adalah satu bentuk pertunjukkan seni yang dilakukan secara langsung atau terus kepada penonton atau khalayak yang membabitkan empat (4) elemen iaitu masa, ruang, tempat dan hubungan antara pelaku dan penonton. Persembahan ini boleh diadakan berdasarkan panduan skrip atau tanpa skrip, spontan atau dirancang dengan teliti dan ia boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Secara asasnya seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan yang merupakan suatu penyataan yang ingin disampaikan oleh si pelaku kepada khalayak yang menonton atau menyaksikan persembahan itu. Terdapat tiga teras utama dalam Seni Persembahan iaitu Muzik, Teater dan Tarian.

 

Dalam lingkungan warisan, seni persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu