PAMERAN DAN DEMONSTRASI PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA PROGRAM “NEGERI SEMBILAN FOOD PROMOTION” BERSAMA DATO’ CHEF ISMAIL

Program “Negeri Sembilan Food Promotion” bersama Dato’ Chef Ismail yang telah berlangsung sepanjang 19 hari bermula 13 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019, bertempat di Zest Lifestyle Restaurant, Marriot Hotel Putrajaya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan masakan makanan Melayu daripada Negeri Sembilan yang telah disediakan dan dimasak khas oleh Dato’ Chef Ismail. Para pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan yang berasaskan lemak bersantan dan penggunaan rempah-ratus di dalam masakan negeri sembilan.
Selasa, 02 April 2019

KLUSTER AGROKULINARI MAHA 2019

Program Agro Kulinari, MAHA 2018 adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai penyelaras pengisian ruang pameran dan sudut bacaan khususnya bahan-bahan percetakan masakan dan juga demonstrasi pembuatan Kebebe, Makanan Warisan Kebangsaan 2015. Program tersebut telah di adakan di Hall D2, Maeps, Serdang. Bermula dari 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 22 November 2018 dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah …
Khamis, 17 Januari 2019

MESYUARAT PENCALONAN SILAT UNTUK PENGIKTIRAFAN UNESCO – VISIBILITY INVENTORI SILAT MALAYSIA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS)

Satu mesyuarat pencalonan Silat untuk pengiktirafan UNESCO-Visibility Inventori Silat Malaysia telah diadakan pada 26 Disember 2018 (Rabu) bersama wakil pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang diwakili oleh YBrs Encik Shafik Afzan bin Abu Kasim yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Megat Adnan bin Megat Ridzuan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau pihak KBS sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa di dalam website KBS bagi penilaian…
Khamis, 27 Disember 2018

Mesyuarat Pencalonan Silat Untuk Pengiktirafan UNESCO Bersama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

Satu mesyuarat telah diadakan pada 19 Disember 2018 (Rabu) bersama pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bersama rombongan yang diketuai oleh YBhg Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Agung PESAKA yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau PESAKA sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei…
Jumaat, 21 Disember 2018

Mesyuarat Pencalonan Silat Untuk Pengiktirafan UNESCO Bersama Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM)

Satu mesyuarat telah diadakan pada 18 Disember 2018 (Selasa) bersama pihak Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) bersama rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat DSSM iaitu Puan Maimoon Hussein yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau DSSM sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat…
Jumaat, 21 Disember 2018

Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kreatif 2018

Pada 7-9 Disember 2018 yang lalu, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput untuk menyertai Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kecil 2018 (KWIK) anjuran Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program 3 hari ini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Karnival ini bertujuan untuk menanamkan semangat, apresiasi dan penghayatan terhadap warisan Malaysia dikalangan rakyat pelbagai usia dan kaum merangkumi seni suara, seni budaya, seni pakaian, seni kraftangan, seni mempertahankan diri, seni penulisan, seni…
Jumaat, 14 Disember 2018

Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’

Pada 4-5 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor dan merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu pada 31 Oktober-1 November 2017. Pada sesi kali ini, hasil perbincangan terdahulu telah diperhalusi dan dibentangkan supaya satu draf garis panduan dan tatacara perlindungan untuk ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’ diperolehi dan disepakati oleh Agensi dan Jabatan yang terlibat. Garis panduan ini seterusnya akan disebar luaskan supaya ia menjadi rujukan kepada setiap…
Rabu, 05 Disember 2018
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu