PAMERAN DAN DEMONSTRASI PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA PROGRAM “NEGERI SEMBILAN FOOD PROMOTION” BERSAMA DATO’ CHEF ISMAIL

Program “Negeri Sembilan Food Promotion” bersama Dato’ Chef Ismail yang telah berlangsung sepanjang 19 hari bermula 13 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019, bertempat di Zest Lifestyle Restaurant, Marriot Hotel Putrajaya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan masakan makanan Melayu daripada Negeri Sembilan yang telah disediakan dan dimasak khas oleh Dato’ Chef Ismail. Para pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan yang berasaskan lemak bersantan dan penggunaan rempah-ratus di dalam masakan negeri sembilan.

 

02 Apr 2019 0 comment  

Dalam masa yang sama juga, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput oleh pihak Hotel untuk memeriahkan program ini di kawasan pameran “Heritage & Cultural Corner” dengan melibatkan beberapa pengusaha untuk pengisian seperti jualan kraftangan, batik, makanan warisan dan lain-lain lagi selain daripada pameran berbentuk poster daripada JWN sendiri berkenaan permainan tradisional di Malaysia. Antara demonstrasi permainan tradisional yang dipamerkan adalah seperti congkak, batu seremban, dam aji, gasing, tating lawi, sepak raga dan permainan orang asli kerchang. JWN juga turut mempamerkan buku-buku hasil terbitan Jabatan untuk bacaan pengunjung.

   

 

Disediakan oleh:                

Cawangan Adat dan Budaya

Bahagian Warisan Tidak Ketara

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu