Fungsi Cawangan Penguatkuasaan

 

  1. Bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pemantauan bagi memastikan tapak warisan & objek warisan berada dalam keadaan baik.
  2. Bertanggungjawab memastikan semua butiran warisan dipantau dan diperiksa selaras peruntukan Seksyen 39, Akta 645.
  3. Memastikan setiap permohonan Kebenaran Merancang di tapak warisan & Warisan Kebangsaan mematuhi peruntukan Seksyen 40, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
  4. Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan untuk proses pendakwaan sekiranya berlaku apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta 645.
  5. Bertanggungjawab memastikan aktiviti penggalian objek warisan, eksport & import butiran warisan, penggalian & sajvaj warisan kebudayaan di bawah air & peniaga butiran warisan mematuhi peruntukan Akta 645.
  6. Bertanggungjawab menilai dan memproses semua permohonan lesen di bawah Akta 645 iaitu:

 

  • Lesen Penggalian Objek Warisan;
  • Lesen Import & Eksport Butiran Warisan;
  • Lesen Penggalian & Salvaj Warisan Kebudayaan Di Bawah Air; dan
  • Pendaftaran Peniaga Butiran Warisan.

 

  1. Bertanggungjawab memastikan Akta 645 digunapakai dan dipatuhi selaras peruntukan seksyen 98, 100, 101, 102, 103, 104, 105, 106, 107 dan 108.

Fungsi Cawangan Pewartaan

 

Cawangan Pewartaan bertanggungjawab memastikan khazanah warisan Negara dikaji, didokumentasi dengan sistematik serta disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan bertujuan untuk melindungi, memulihara dan mempromosikan Warisan Negara sepertimana yang terkandung di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

 

Terbahagi kepada dua unit iaitu:

 

  1. Unit Inventori dan Penyelidikan - Menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap senibina dan landskap, semulajadi, geologi, objek ketara dan senihalus untuk pertimbangan dan penilaian bagi pewartaan; dan

 

  1. Unit Pendaftaran - Melaksanakan proses pewartaan dan pendaftaran di bawah Akta 645 bagi semua butiran yang layak diwartakan
Carta Bahagian Daftar Warisan


 
PESURUHJAYA WARISAN
  • Dilantik oleh Menteri - Seksyen 4 [Akta 645] dan pelantikan ini disiarkan dalam Warta;
  • Suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun & punyai menterai perbadanan;
  • Boleh membawa & dibawa guaman atas namanya; dan
  • Menjalankan fungsi dan kuasa melalui peruntukan seksyen 6 dan seksyen 7 Akta 645.

 

Fungsi Pesuruhjaya

 

(a) Untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air;

 

(b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar;

 

(c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;

 

(d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;

 

(e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan;

 

(f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan;

 

(g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan;

 

(h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan;

 

(i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

(j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

 

(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan

 

(l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.

 

 

Kuasa Pesuruhjaya

 

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

 

(a) untuk membuat kontrak;

 

(b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

 

(c)   untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan

 

(d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

 

Senarai Pesuruhjaya Warisan

 

  1. YBhg. Profesor Emeratus Datin Paduka Zuraina Majid

(April 2006 – Mei 2014)

 

 

  1. YBhg. Dato’Dr. Zainah binti Ibrahim

(Jun 2014 – Jun 2019)

 

  • YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd. Yusop

(Mei 2019 – Jan 2021)

 

  1. YBrs. Mohd. Azmi bin Mohd Yusof

(Feb 2021 – sehingga sekarang)

  1. Bertanggungjawab memastikan khazanah warisan negara didaftar dan direkod dengan sistematik dalam Buku Daftar Warisan Kebangsaan;
  2. Menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian berterusan untuk menentukan signifikasi butiran warisan;
  3. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk melindungi dan memulihara kesinambungan warisan negara;
  4. Memberi taklimat dan penerangan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri berkaitan akta warisan;
  5. Bahagian ini dibahagikan kepada dua cawangan iaitu Cawangan Pewartaan dan Cawangan Penguatkuasaan; dan
  6. Keurusetiaan bagi:
    • Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan;
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Warisan Seni Bina dan Landskap, Semula jadi, Geologi, Objek Ketara & Seni Halus;
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Warisan; dan
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kebenaran Merancang.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN LUAR

Portal myGov
Malaysian Tourism Tax
SPRM
Perakaunan Akruan
Malaysia Super Corridor
MAMPU