Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - November 23, 2017

Weather: -273°C

Arkeologi bawah air merupakan satu disiplin melibatkan kajian saintifik mengenai  sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai ataupun tasik. Penyelidikan ini boleh dibahagikan oleh beberapa sub-disiplin yang berkait rapat dengan perkembangan budaya, peninggalan teknologi, sejarah maritim dan kisah manusia yang karam dan perlu di kaji dan dinilai sebagai asas pembentukan tamadun manusia.

Arkeologi maritim, arkeologi samudera dan arkeologi air tawar merupakan sub-disiplin utama dalam kajian arkeologi bawah air yang menjadikannya amat menarik diterokai. Ini kerana teknik dan metodologi yang digunakan menggabungkan kebenaran saintifik, fizikal, teori dan pemikiran dan catatan sejarah lalu yang membongkar cerita sebenar di sebalik rahsia tersembunyi hinggakan kapal karam tersebut terdampar di dasar sungai, tasik atau laut.

 

Penyelam warisan di tapak kapal karam Wangsi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah

 

Merujuk kepada Seksyen 2, Akta Warisan Kebangsaan 2005,  tafsiran warisan kebudayaan di bawah air ertinya segala kesan kewujudan manusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologi yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala atau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti—

-          tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semulajadinya;

-          vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-mana bahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan

-          objek bersifat prasejarah;

 

Bidang ini merupakan disiplin baru di Malaysia dan perlu diperkembangkan sepenuhnya agar segala khazanah warisan kapal karam ini dapat dikaji dan direkodkan sebaik mungkin. Ini kerana kes kecurian artifak kapal karam merupakan isu utama dunia yang hangat dibincangkan di UNESCO ke atas  kehilangan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya dan penceritaan sejarah terkubur  disebabkan ketamakan manusia merosakkan, mencuri dan menjual khazanah tersebut tanpa memikirkan nilai warisannya. Usaha JWN dalam memulihara dan memelihara warisan ini diharap dapat memberi sinar kecemerlangan ke atas sumber persejarahan maritim negara


 

Aktiviti selaman dan kajian kapal karam
 
Aktiviti selaman dan kajian kapal karam Aktiviti selaman dan kajian kapal karam
 
Aktiviti selaman dan kajian kapal karam Aktiviti selaman dan kajian kapal karam
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech