Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - November 23, 2017

Weather: -273°C

Tanjung Tuan atau Cape Rachado (2°24′N 101°52′E) terletak lebih kurang 20 batu nautika ke utara Melaka dan merupakan titik yang paling sempit di Selat Melaka. Tanjung Tuan juga terkenal dengan kawasan perlindungan penghijrahan burung-burung migrasi dan rumah api zaman kolonial. Rumah api tersebut dipercayai dibina pada zaman penjajahan Portugis diantara tahun 1528 hingga 1529 dan siap sepenuhnya dibina pada zaman penjajahan British.

Tanjung Tuan juga terkenal dengan sejarah peperangan antara pihak Portugis dan Belanda yang dikenali sebagai Battle of Cape Rachado diantara tahun 1606 hingga 1641

Kawasan ini juga merupakan lokasi peperangan laut yang lain seperti serangan pihak Siam ke atas Melaka, serangan pihak Bugis dan Acheh ke atas Portugis dan juga beberapa serangan pihak Bugis ke atas Belanda. Tanjung Tuan juga terkenal dengan aktiviti serangan-serangan lanun ke atas kapal-kapal yang berlabuh di Pelabuhan Melaka pada waktu itu.

Justeru, perairan Tanjung Tuan merupakan sumber penting bagi penemuan bukti fizikal rekod sejarah maritim negara melalui bukti arkeologi akan lebih jelas untuk membuktikan kesahihan fakta sejarah yang sedia ada

Kawasan ini berpotensi tinggi bagi menerangkan dan merungkai kembali segala khazanah dan sejarah yang terkubur di dasar laut sebagai satu landasan membentuk kronologi dan rekod arkeologi terbaru. Tapak ini diharap dapat dikenalpasti dan diwartakan sebagai sebuah zon warisan kebudayaan di bawah air negara nanti.

 
 
 
 
 
 
 
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech