Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - October 19, 2017

Weather: 29°C

Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak baru di Sungai Batu, Lembah Bujang bermula pada Februari 2009. Tapak ini telah ditemui oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007. Tapak Sungai Batu 1 terletak pada kedudukan koordinat longitud 050 41' 73.3" Utara dan latitud 1000 27' 19.7" Timur, pada ketinggian 18 m dari aras laut. Kedudukan ini diambil daripada bacaan GPS (Global Positioning System) pada titik datum tapak kajian.

Tapak ini berada lebih kurang 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor Setar, terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan dengan jalanraya baru Merbok–Semeling.

Tapak baru ini mendedahkan bukti struktur batu bata di permukaannya akibat pembangunan pertanian tanaman kelapa sawit. Berada di tepi aliran Sungai Batu dan cawangannya yang mungkin merupakan struktur binaan yang mempunyai kaitan dengan sungai.

Lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu mempunyai sistem pengaliran anak sungai yang menunjukkan seolah-olah setiap permatang terpisah menjadi seperti pulau-pulau. Jesteru itu, lokasi Sungai Batu ini adalah amat strategik untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pertahanan.

Tapak baru ini juga masih berada dalam lingkungan pengaruh tamadun Lembah Bujang yang berkemungkinan mempunyai asosiasi dengan tapak-tapak lain seperti tapak Sungai Batu Pahat, Kampung Pengkalan Bujang, Kampung Bendang Dalam dan berada dalam kawasan tapak Candi 71.
 

 
 
Penemuan tapak paling awal di Lembah Bujang yang dipertarikhkan pada abad pertama masihi Tapak peleburan bijih besi yang pernah wujud sekitar abad ke-3 masihi
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech