Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - May 30, 2017

Weather: 25°C

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN SHELTER/PELINDUNG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAPAK EKSKAVASI ARKEOLOGI KUBUR KEPINGAN BATU (SLAB GRAVE), BUKIT SEJARAH, LADANG CHANGKAT MENTERI, HULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

  Di antara tahun 1919 hingga 1939, sebanyak 9 buah kubur telah dijumpai oleh Evan (1928), Collings (1937), Wilkinson (1939) dan lain-lain meliputi tapak di seluruh daerah Bernam di Selangor, Slim River, Sungai Kruit, dan Sungkai di Perak. Menurut rekod Jurnal Lembaga Muzium Negeri Selangor Jilid 1, Bil. 1, Jun 1993, di Changkat Menteri, Mukim Ulu Bernam terdapat 2 buah tapak kubur kepingan batu yang pernah dijumpai, direkodkan dan telah dibuat ekskavasi oleh  Profesor Leong Sau Heng dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium Negeri Selangor pada tahun 1992. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Sungai Bernam yang pada zaman…
Jumaat, 10 Mac 2017

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI ARKEOLOGI PENYELAMATAN LOT 1736, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Jumaat, 10 Mac 2017

KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN WARISAN KEBUDAYAAN BAWAH AIR, PULAU BIDONG, TERENGGANU DARUL IMAN

Survei dan penyelidikan yang dijalankan oleh JWN adalah rentetan dari  jumpaan artifak kapal karam yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Minggu hari Ahad bertarikh 20 Mei 2012. Berita bertajuk “Harta Karun Pulau Bidong” ini telah ditulis dan disunting oleh wartawan Jamhariah Jaafar,  presiden Coral Malaysia.
Rabu, 08 Mac 2017

PENYELIDIKAN DAN ESKAVASI PENYELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN TIANG BENDERA GERGASI BUKIT ST. PAUL, BANDA HILIR, MELAKA

  Penyelidikan dan eskavasai penyelamatan ini dijalankan berikutan permohonan dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada Jabatan Warisan Negara agar kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi dijalankan dilokasi cadangan pembinaan tiang bendera  gergasi. Lokasi penyelidikan dan eskavasi penyelamatan ialah di kawasan tanah lapang berhadapan Muzium Tuan Yang Terutama, Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka. Penyelidikan dan eksvasai ini bertujuan untuk menilai tapak dari segi potensi arkeologi sebelum cadangan pembangunan dilaksanakan bagi merancang pelan strategik seterusnya berdasarkan kepada hasil kajian. Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat data baru di Bukit St. Paul, Melaka.   Keluasan tapak ekskavasi ialah 10 meter x…
Selasa, 07 Mac 2017

MENYELIA KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN TAPAK TRADISI MEGALITIK DI LONG PASIA, SIPITANG

Kajian Survey Dan Penyelidikan Tapak Tradisi Megalitik Di Long Pasia, Sipitang tapak tradisi megalitik di Long Pasia berjaya disurvei dan direkodkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah bagi tujuan pendokumentasian dan perancangan perlindungan tapak pada masa akan datang - April 2016    
Selasa, 07 Mac 2017

PENDOKUMENTASIAN DAN PENYELIDIKAN LUKISAN PRA SEJARAH DI GUA TAMBUN, PERAK

PENDOKUMENTASIAN LUKISAN PRASEJARAH DI GUA TAMBUN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN KAEDAH SURVEI UNTUK TUJUAN PEREKODAN PADA APRIL 2016 Kerja-kerja pendokumentasian ini telah dijalankan oleh Fakulti Hartanah dan Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia serta Jabatan Warisan Negara pada 2 hingga 4 April 2016. Pendokumentasian ini menggunakan peralatan pengimbas laser dan fotogrametri. Penggunaan peralatan dan teknologi moden ini dapat membantu memperolehi maklumat dengan tepat memudahkan proses pendokumentasian. Maklumat yang sebelum ini sukar diperolehi kini dapat direkod dan dicerap dengan mudah Maklumat yang direkodkan dapat digunakan untuk tujuan penyelidikan, kerja-kerja pemeliharaan, pemuliharaan serta rujukan untuk generasi akan datang.
Isnin, 06 Mac 2017
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech