Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - May 30, 2017

Weather: 25°C

MENANG HADIAH SEMASA MELANCONG Guna #MyDestination dan #SayangMalaysia di Media Sosial

 

0 comment
(0 votes)

 

 

 

 

 

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

SIARAN   MEDIA

 

 

 

 

 

MENANG HADIAH SEMASA MELANCONG

Guna #MyDestination dan #SayangMalaysia di Media Sosial

 

 

PUTRAJAYA, 1  Mac 2017 – Setelah berakhirnya kempen #MyCuisine pada 28 Februari 2017, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) kini tampil dengan tema #MyDestination untuk Kempen Media Sosial #SayangMalaysia.

Dengan menggunakan kedua-dua #MyDestination dan #SayangMalaysia dalam post yang dimuatnaik ke akaun Instagram atau Facebook mereka, orang ramai berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Pertandingan Foto dan Video Pendek mulai 1 March 2017 hingga 30 April 2017.

Foto dan video pendek berdurasi 30 hingga 60 saat yang dimuatnaik perlulah berkaitan keunikan dan keindahan destinasi pelancongan yang mereka lawati.

Pertandingan Foto dan Video Pendek #SayangMalaysia merupakan kempen anjuran MOTAC untuk menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada Malaysia, seterusnya boleh menjadi bahan rujukan pelancong yang ingin melawat Malaysia sekaligus memperkenalkan tarikan-tarikan unik yang ada di Malaysia ke serata dunia. 

#MyDestination merupakan tema kedua untuk kempen ini selepas #MyCuisine. Tema lain termasuk #MyCulture (Mei hingga Jun), #MySport (Julai hingga Ogos), #MyEvent (September hingga Oktober) dan #MyFamilyFun (November hingga Disember).

Pemenang #MyCuisine akan diumumkan melalui laman Facebook dan Instagram MOTAC pada minggu kedua bulan Mac 2017.

Maklumat lanjut  berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi kempen media sosial #SayangMalaysia iaitu  www.motac.gov.my/sayangmalaysia

Kempen media social #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara, iM4U, Badan Bukan Kerajaan dan  pihak industri pelancongan. 

 

 

 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Tel : 03-80008000  Faks : 03-88917181

Laman Web : www.motac.gov.my  Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FB : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Instagram : mymotac

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech