Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - January 23, 2018

Weather: -273°C

Items filtered by date: Februari 2016 - Jabatan Warisan Negara

Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Think City Sdn. Bhd. menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama di antara kedua-dua pihak pada 23 Februari 2016 bertempat di Pusat Penrangan Pelancongan (MATIC), Kuala Lumpur.

MoU tersebut melibatkan kerjasama yang telah dipersetujui bersama bagi menggalakkan dan mempromosikan perkongsian dua hala dalam bidang-bidang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan dengan menyediakan Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP).

Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Dr. Zainah Ibrahim berkata, MoU itu adalah selari dengan hasrat kerajaan supaya perlaksanaan tanggungjawab dibuat mengikut Strategi Lautan Biru.

"Kerjasama ini melibatkan penganjuran persidangan, seminar, bengkel dan pameran yang berkaitan dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia,” katanya dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Kerjasama Pintar di sini hari ini.

Dalam pada itu, JWN juga turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meliputi lima bidang utama.

"Lima bidang tersebut ialah penyelidikan, perkongsian kepakaran, perkongsian akademik, pembangunan pendidikan untuk kakitangan JWN, dan peluang latihan kepada pelajar UMK," ujarnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Ong Hong Peng hadir menyaksikan majlis tersebut.




Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech