Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - December 15, 2017

Weather: -273°C

Items filtered by date: November 2017 - Jabatan Warisan Negara

Bengkel Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2017 ini merupakan inisiatif Bahagian Warisan Tidak Ketara dalam membincangkan bagi penyediaan satu rangka panduan serta rujukan utama dalam menggariskan tatacara bagi melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara selaras berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Bengkel ini telah diadakan pada 31 Oktober – 1 November 2017 bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Dalam Bengkel tersebut juga telah membincangkan dua elemen penting iaitu ”Bendera Malaysia” dan lagu ”Negaraku”. Seramai 26 peserta terlibat dari pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan terlibat sepanjang Bengkel 2 hari tersebut.

Bengkel ini juga membincangkan secara terperinci berkenaan garis panduan dan tatacara dalam penyediaan terma dan rujukan dalam ”Bendera Malaysia” dan lagu ”Negaraku”. Bengkel ini juga merupakan ”pilot study” bagi pihak Sekretariat Bahagian Warisan Tidak Ketara untuk dijadikan ukuran bagi menetapkan satu kaedah yang seragam berkenaan tatacara perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara sesuai dengan keperluan dari semasa ke semasa.

 

Bengkel penulisan Jawi ini sebagai salah satu usaha bagi menyemarakkan Jawi bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017. Program ini telah diadakan pada 14 Oktober 2017 (sabtu) bertempat di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi sehingga 6 petang. Program ini dapat memupuk semangat perpaduan dan cintakan Negara tanpa mengira bangsa dan agama. Bengkel ini diharap dapat membentuk generasi celik tulisan jawi di peringkat awal disamping memudahkan murid-murid sekolah menjawab soalan mata pelajaran pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan terhadap sistem ejaan tulisan jawi mengikut piawaian yang ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka, melahirkan generasi tunas muda yang cintakan Jawi dan mengalakkan peserta-peserta pelbagai bangsa untuk menyertai pertandingan-pertandingan penulisan jawi.

    Bengkel ini telah menarik minat para pelajar sekolah menengah seramai 97 orang murid sekitar Kuala Lumpur  Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Sentul Utama, SMK Convent Jalan Peel  SMK Batu Muda, SMK Sri Pantai dan pelajar persendirian. Penceramah bengkel ini adalah Encik Fadzli bin Tajuid daripada Bahagian Peristilahan dan Leksilogi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain mengadakan bengkel tulisan Jawi kepada para peserta, kuiz  ”Ejaan Jawi Tepat”  diadakan pada setiap slot . Pada slot akhir juga diberikan slot tambahan iaitu lukisan kaligrafi. Para peserta akan diberikan tugasan dan penilaian akan diberikan oleh tenaga pengajar. Program ini boleh dianggap sebagai suatu kesinambungan ke arah pengukuhan kecekapan murid-murid sekolah dalam menggunakan sistem tulisan Jawi yang tepat dan lebih berkesan. Ia juga diharapkan dapat menyemarakkan tulisan Jawi di peringkat sekolah.

 

 

 

 

 

 

Program ‘Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan’ adalah program anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui Strategi Lautan Biru (NBOS). Program kerjasama ini telah dimulakan pada tahun 2009 dan merupakan perintis program galakan membaca kebangsaan dikalangan pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

Untuk siri ke-6 yang telah dilaksanakan pada 4 November 2017 (Sabtu), program ini diteruskan dengan menaiki Electric Train Services (ETS) destinasi Stesen Sentral Kuala Lumpur – Stesen Keretapi Alor Setar, Kedah. Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang menyempurnakan pelepasan kesemua peserta di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

 

PNM  telah menjemput Jabatan Warisan Negara untuk pertama kalinya ke program ini bagi melaksanakan pengisian aktiviti permainan tradisional di dalam tren  ETS sepanjang perjalanan pergi dan balik  Alor Setar, Kedah.

 

Permainan yang dibawa untuk program ini adalah kercang, congkak dan dam aji. Aktiviti permainan ini mendapat sambutan daripada peserta program pelbagai peringkat usia terutamanya permainan kercang; iaitu permainan masyarakat orang asli yang tidak begitu dikenali dikalangan masyarakat luar sebelum ini. Kesungguhan para peserta dapat dilihat ketika cuba menyelesaikan teka-teki kercang.

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech