Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - December 15, 2017

Weather: -273°C

Items filtered by date: Julai 2017 - Jabatan Warisan Negara
Rabu, 26 Julai 2017 00:00

SIMPOSIUM MAKANAN WARISAN 2017

Sila layari www.makananwarisan.com untuk keterangan lanjut.

Kajian ini sebagai langkah memulihara dan menjamin kelangsungan hayat warisan tidak ketara melalui cerita rakyat. Disamping itu kajian ini dapat mengetengahkan genre lisan Melayu tradisional sekaligus memartabatkan tokoh penglipur lara dengan pendekatan muhibah dalam konteks perpaduan kaum. Perjalanan dan cerita- cerita rakyat Awang Batil ini ditulis agar dapat membina jati diri bangsa serta mengenali tokoh yang telah berjasa terhadap warisan negara. Sekaligus, ia dapat dimanfaat oleh para pengkaji, penyelidik dan pelajar yang ingin mengenali tokoh ini dengan lebih dekat lagi.

Mustafa Mohd Isa (1987:11) menyatakan bahawa perkataan ‘penglipur lara’ juga dapat dirujuk kepada penutur cerita kerana perkataan itu membawa makna seseorang yang tertentu, yang khusus menjalankan pekerjaan untuk penglipur lara pendengar-pendengarnya. Jadi istilah ‘penglipur lara’ yang digunakan untuk menunjukkan cerita-cerita yang bercorak cerita dan pencerita

Penutur-penutur cerita penglipur lara di Semenanjung Malaysia dikenali dengan berbagai-bagai nama. Pertama, mengikut nama wira dalam cerita yang dituturkannya. Misalnya di Kelantan dan pattani, terdapat “Tok Selampit” yang menuturkan Tarik Selampit. Di Perlis juga terdapat ‘Selampit’ yang menuturkan ‘Selampit’ atau ‘Terung Pipit’ iaitu nama wira dalam hikayat Selampit atau Terung Pipit. Kedua, ada juga penglipur lara yang dikenali mengikut nama alat muzik yang mereka mainkan waktu mengiringi cerita mereka misalnya di Perlis dan Langkawi terdapat nama alat muzik yang mereka mainkan waktu mengiringi cerita yang dituturkannya. Ketiga, ada juga penglipur lara yang tidak menamakan jenis penglipurlara mereka mengikut nama wira atau alat muzik yang mengiringi cerita, tetapi sebaliknya mereka meletakkan nama-nama tertentu. Misalnya di Kedah terdapat ‘Tuk Jubang’ yang menuturkan ‘Jubang Lenggang’ sementara di Pahang dan Terengganu penutur cerita penglipur lara dikenali sebagai ‘ahli cerita’ sahaja.

 Penglipur-penglipur lara yang mempunyai kebolehan khusus di atas menuturkan cerita-ceritanya bagi memenuhi kehendak audience tertentu. Audience ini biasanya terdiri daripada ahli masyarakat tradisi Melayu golongan petani. Oleh itu, kebanyakan penglipur lara terdapat di daerah sawah padi seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Hal ini berlaku mungkin kerana penanaman padi itu bermusim. Selepas menuai, biasanya petani-petani akan mengadakan berbagai-bagai perayaan seperti majlis perkahwinan dan temasya. Pesta sedemikian perlulah diserikan dengan acara-acara hiburan. Dalam masyarakat tani yang masih tebal dengan unsur-unsur tradisional itu. Hiburan-hiburanya juga berupa hubiran-hiburan tradisional seperti permainan wayang kulit, gendang keling dan penglipur lara.

According to Fadzilah Amzah (2016:9), lipur lara adalah sebuah seni sosial, memandangkan genre ini sangat sesuai dengan cara hidup tradisional orang Melayu. Cerita-cerita penglipur lara berperanan dalam situasi atau upacara-upacara tertentu dalam masyarakat Melayu tradisional seperti majlis perkahwinan, kenduri-kendara, ataupun mada masa senggang semasa komuniti ini berkumpul berssama. Cerita penglipur lara akan dipersembahkan pada malam hari dengan mengambil masaa berjam-jam, atau mungkin juga veritanya itu terlalu panjang sehingga memakan masa bermalam-malam untuk disudahkan. Seorang penglipur lara akan menyampaikan cerita, dan masyarakat lainnya bertindak sebagai pendengar yang responsif. Pendengar ini menjadi khalayak aktif kerana mereka bukan setkat mendengar dan menerima sahaja cerita yang disampaikan secara pasif, sebaliknya mereka, menurut Seeny(1980:22),”…the listener must use his own faculties to re-create and dramatize the tale in his mind”.[1]

Terdapat beberapa kajian dan tulisan berkaitan penglipur lara Awang Belanga/Batil. Walau bagaimana pun tiada kajian yang lengkap berkaitan biografi Romli Mahamud sebagai pewaris terakhir Awang Batil. Terdapat beberapa tulisan yang berkaitan penglipur lara iaitu tulisan  Aripin Said (1994 : viii), yang menyatakan bahawa dalam banyak kajian yang dilaksanakan  terutamanya oleh orientalis Barat menyatakan bahawa ahli-ahli puisi, ahli-ahli cerita atau lebih popular dengan panggilan ‘penglipur lara’ merupakan orang yang dijadikan tempat ‘pelarian’ kepada kesusahan. Ini disebut sebagai escapeism baik kepada khalayak mahupun  kepada penglipur lara itu sendiri. Pada hakikatnya, penglipur lara zaman silam merupakan institusi pendidikan tidak tidak formal untuk masyarakat masa lalu. Aripin Said tidak menceritakan secara terperinci berkaitan penglipur lara kerana beliau lebih menekankan bahasa berirama yang menjadi salah satu elemen yang digunakan oleh penglipur lara Melayu. Mustafa Mohd Isa (197:4) juga menyatakan antara jenis-jenis cerita rakyat melayu, cerita-cerita penglipur laralah yang amat menarik perhatian para pengkaji sejarah sastera. Penjenisan tradisi penglipur lara sebagai salah satu corak cerita-cerita   rakyat bukanlah bererti bahawa cerita-cerita rakyat yang lain seperti cerita binatang atau cerita jenaka. Perkataan penglipur lara juga dapat dirujuk kepada penutur cerita kerana perkataan itu membawa makna seseorang yang tertentu, yang khususnya menjalankan pekerjaan untuk menglipur lara audiensnya. Sesunguhnya setiap penglipur lara Melayu ingin memberitahu pendengarnya bahawa cerita yang diceritakannya itu adalah  “sesuatu yang telah menjadi hak kepunyaanya” yang diterimanya dari seorang penglipur lara yang masyhur pada suatu masa dahulu. Oleh sebab  mereka mempunyai matlamat yang demikian, maka mereka berusaha untuk memikat hati pendengar dengan berbagai-bagai cara. Misalnya, meraka menyampaikan cerita dengan bahasa berirama. Bahasa berirama  digunakan ketika menyampaikan cerita dengan tujuan untuk memudahkan mereka mengingati ceritanya. Ini dilakukan dengan pertolongan rentak, sajak, rangkap, pemilihan kata-kata yang indah, irama dan juga lagu. Ada diantara mereka mengiringi cerita mereka dengan alat-alat muzik seperti gong, rebab atau belanga/batil yang mereka mainkan sendiri. Mengiringi cerita dengan muzik bertujuan mengurangkan kebosanan dalam mengikuti cerita yang diceritakan. Di dalam kajian ini, Msustafa turut membicarakan secara ringkas latarbelakang beberapa orang penglipur lara antaranya Pak Mud ataupun nama sebenarnya Mahmud  bin Wahid (ayah Romli) seorang Awang Belanga yang masyur dari Perlis dan Pak Mee ataupun nama sebenarnya Ismail bin Hassan seorang Tok Selampit yang berasal dari Kedah dan Fadzil atau panggilannya Pak Lang iaitu Tok Selampit dari Langkawi dan Abdullah bin omar atau Lahuma, seorang Jubang Linggang dari Sik, Kedah. Mustafa turut mengkaji  penyampaian cerita Penglipur Lara dan sebahagian cerita-ceritn

Rejab F.I (2009:53)menyatakan bahawa Awang Batil seganding dengan penggiat tradisi lisan ‘Selampit’. Awang Batil dan Selampit sering beriringan mempersembahkan tradisi lisan masing-masing dalam majlis atau pesta kesenian yang diadakan di negeri Perlis. Namun begitu, Selampit terdapat juga di negeri lain iaitu Kelantan, sedangkan Awang Batil Cuma terdapat di negeri Perlis. Rejab F.I (2011 :4) juga menjelaskan di dalam buku Biografi Tokoh Budaya negeri Perlis (1), ketokohan Awang Batil memang tidak dapat dinafikan oleh sejarah kerana kewibawaannya memperkayakan budaya (khususnya kesenian tradisional dan sastera lisan) negeri Perlis. Lebih jelas lagi ketokohannya memperkenalkan negeri Perlis kepada seluruh negara bahawa kesenian tradisional Awang Batil satu-satunya terdapat di negeri Perlis. Arwah Pak Mud (ayah Romli Mahmud) yang memperkenalkan Awang Batil kepada negeri ini, dari zaman pendudukan Jepun sehingga masa kini. Beliaulah yang mempertahankan kewibawaan kesenian tersebut kepada masyarakat negeri Perlis dan negara ini. Beliau juga merupakan satu-satunya tokoh Awang Batil di Malaysia. Di dalam dua buah buku tulisan Rejab, beliau hanya menceritakan sejarah latarbelakang Awang Belanga/Batil beserta biografi Pak Mud sebagai penglipur lara yang disegani pada masa dahulu. Rejab juga memberitahu hanya Romli seorang dari anak-anaknya yang mewarisi darah seni Pak Mud.

[1] Fadzilah Amzah, Sfera Keindahan dalam Cerita Penglipur Lara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016

 

Program Iftar@KL 2017 telah dilaksanakan sejak 2015 dan tahun ini merupakan tahun ketiga (3) dan tahun keenam (6) keseluruhannya iaitu kesinambungan daripada program Festival Ramadan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bermula tahun 2012. Program ini berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan iaitu bermula pada 3 & 4 Jun, 10 & 11 Jun, dan 17 & 18 Jun 2017. Majlis Perasmian telah diadakan pada 4hb Jun 2017 yang telah dirasmikan oleh YAB  Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan turut hadir bersama isteri Perdana Menteri YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor.

Program ini  mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau dikenali sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui dua (2) inisiatif NBOS iaitu 1Malaysia Civil Service Retirement Support yang dikenali sebagai 1Pesara serta 1Malaysia Cutomer Service of Civil Servants atau dikenali sebagai 1Serve.

Pada tahun ini, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dipertangggungjawabkan untuk turut serta dalam program tersebut iaitu mengadakan pameran Bubur Lambuk yang terdapat beberapa Negeri di Malaysia. JWN telah mengisytiharkan Bubur lambuk sebagai makanan Warisan Kebangsaan pada tahun 2015. Selain itu juga, pameran ini akan menyebarluas pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap makanan warisan negara supaya masyarakat lebih memahami dan menghargai warisan negara. Disamping itu juga, program sebegini dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat cintakan warisan sebagai identiti dan jati diri negara.

 

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech