Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - May 26, 2017

Weather: 25°C

SENARAI OBJEK WARISAN TIDAK KETARA WARISAN KEBANGSAAN

 

SENARAI MANUSKRIP WARISAN KEBANGSAAN

 

PERIBHASA

PERIBAHASA adalah salah satu bentuk bahasa kiasan orang Melayu yang melambangkan kekayaan khazanah perbendahaaraan warisan budaya bangsa dan menjadi perlambangan ketinggian intelektualan dan adab bangsa Melayu dalam berkomunikasi. Melalui peribahasa, maksud atau kehendak berupa nasihat, pedoman, petua dan teguran disampaikan secara berhemah kepada seseorang. Pada kebiasaannya, perilaku dan sifat alam sekeliling, tumbuhtumbuhan dan binatang akan digubah dalam bentuk ungkapan yang indah supaya sedap didengar dan tidak menyinggung perasaan. Ia boleh membawa pengertian selapis ataupun dua lapis. Peribahasa meliputi Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Bidalan, Pepatah dan Perbilangan.

HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Hikayat Pelanduk Jenaka mengisahkan tentang seekor pelanduk mempunyai kuasa dan kekuatan serta kebijaksanaan yang dapat menyelesaikan permasalahan di antara haiwan sehingga dia dilantik menjadi ‘Syah Alam di Rimba’.

Sastera rakyat ini telah dikesan sejak turun-temurun manakala manuskrip terawal dikenal pasti pada 1645M yang tersimpan dalam koleksi Perpustakaan Perancis. Hikayat ini pernah dilaporkan oleh G.H. Werndly dalam daftar berjudul Maleische Sparaakkunst yang ditulis di Tanah Melayu dan diterbitkan pada 1736.

Sarjana H.C Klinkert pada tahun 1885 menerbitkan 10 cerita bersiri mengenai pelanduk jenaka antaranya ialah Pelanduk Mendamaikan Harimau Dengan Kambing, Pelanduk Membunuh Raksasa, Beruang Tertakluk dan Kera Tidak Mahu Tunduk.

SENARAI SENI HALUS WARISAN KEBANGSAAN 2015

KAIN TENUN PAHANG DIRAJA

TENuN Pahang merupakan pakaian rasmi pembesar-pembesar Negeri Pahang. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kain tenunan Pahang kepada penduduk negeri Pahang, khasnya penduduk di daerah Pekan ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji. Beliau berketurunan Bugis dan bermaustautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Ragam hias yang sederhana tetapi sangat unik kain ini dapat dilihat pada jalur-jalur atau petak-petak yang kadangkala diselitkan benang emas atau perak. Terdapat beberapa corak tradisional seperti corak melintang, memanjang, kain beragi, corak rawa, corak Bugis dan corak Muar.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju Kurung Cekak Musang mempunyai kolar tinggi selebar satu jari atau lebih kurang 2.5 sentimeter (sm). Baju Kurung Cekak Musang pada masa dahulu disebut ‘baju wan’, berasal dari Telok Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Koceknya masih tiga iaitu satu di bahagian atas sebelah kiri dan dua di bahagian bawah, kiri dan kanan walaupun baju ini dipakai dengan samping berdagang luar atau berdagang dalam. Seluarnya Seluar Potong Cina dan bertongkah.

  

UKIRAN KAYU MELAYU

Kayu dilihat sebagai sumber alam yang mudah diukir dan tahan lama sehingga mencecah beratus-ratus tahun. Antara kayu yang menjadi pilihan seperti cengal, merbau, kempas dan lain-lain. Dikatakan sejarah ukiran Melayu telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan hiasan di istana-istana. Ukiran-ukiran kediaman ini sangat masyhur di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, ukiran-ukiran ini dapat juga dikesan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah-rumah, masjid, pintu gerbang, alatan muzik, perabot, peralatan memasak, pengangkutan seperti sampan, perahu, kereta kuda atau pedati lembu.

  

MOTIF-MOTIF TEKSTIL MELAYU

MotIf-Motif Tekstil Melayu merupakan rangkai kata, idea atau reka corak yang menampakkan fungsi sebagai hiasan pada fabrik yang melibatkan unsur reka bentuk seperti garisan, ruang dan bentuk. Ia dihasilkan menggunakan warna sebagai manipulasi bagi mencapai kesan visual yang diinginkan sehingga terjadinya konfigurasi motif pada fabrik yang turut memberi kesan fizikal dan juga psikologi kepada pemakai. Dalam menghasilkan interpretasi, corak yang disusun dengan kepelbagaian boleh dikategori kepada bentuk realistik, gayaan, abstrak dan geometri. Motif-motif yang dihasilkan melibatkan dua gaya iaitu gaya organik dan gaya geometri. Gaya geometri adalah gaya garisan atau bentuk segi empat, jalur melintang dan jalur memanjang. Motif yang dihasilkan mengikut beberapa susunan diklasifikasikan mengikut susunan satu atau berganda yang mampu menghasilkan corak yang berfungsi sebagai hiasan pada tekstil. Ia bukanlah suatu penghasilan yang baharu tetapi telah digunakan sejak zaman pra-sejarah lagi oleh masyarakat primitif.

  

INAI (INAI MELAYU)

INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai haruman bau asli selain digunakan untuk perubatan. Selain digunakan untuk mewarnakan kuku, inai juga digunakan untuk merawat masalah cekam kuku dan menghitamkan rambut. Bagi menghasilkan warna yang cantik, daun inai akan dicampurkan dengan sedikit gambir dan sedikit air, digiling atau ditumbuk sehingga lumat.

BAJU RIAU PAHANG

Pakaian tradisi di negeri Pahang pada asasnya sama seperti pakaian di negeri-negeri dibawah kuasa Kerajaan Melayu Johor – Riau (Johor, Pahang, Terengganu). Menurut kajian Puan Zubaidah Sual, baju ini diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu). Baginda amat terkenal sebagai seorang budayawan istana yang berminat dengan kesenian. Banyak koleksi Baju Riau Pahang yang terkumpul berasal dari Terengganu dan Pahang.

Baju ini merupakan baju Tradisi Agung Melayu yang paling rumit dan istimewa potongannya. Leher bajunya berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang. Baju ini dipakai dengan cara menyarung baju dari lengan seperti memakai baju kebaya dan bahagian hadapan bajunya dikancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir. Bahagian di atas pinggang baju ini mengecil sedikit sebelum mengembang ke bahagian bawah. Ciri ini dihasilkan dengan mengadakan kekek gantung dan pesak kembang di bahagian rusuk baju itu. Baju ini berlengan panjang serta besar dan berkekek gantung di bahagian bawah ketiak. Baju ini dipakai dengn kain yang diikat secara ‘ombak beralun” atau tangkap dihadapan.

SENARAI MAKANAN WARISAN KEBANGSAAN 2015

Sehinga kini, jumlah Makanan Warisan Kebangsaan 2015 yang diisytihar adalah 51. Antaranya ;

Air Nira

Ais Kepal

Bubur Anak Lebah

 

Inang-Inang

Lompat Tikam

Kuih Ros

 

PANTUN

DONDANG SAYANG

 

Dondang Sayang

 

UPACARA WANGKANG

Upacara Wangkang merupakan salah satu upacara penting bagi masyarakat Cina di Malaysia terutamanya komuniti Hokkien. Upacara ini dipercayai bermula pada tahun 1854. Perkataan Wangkang bermaksud Kapal Wang (Wang bermaksud nama keluarga Ong atau raja atau ketua.) Ianya dianjurkan bagi mengumpul dan mengutip roh-roh jahat, roh-roh yang merayau dan unsur-unsur negatif yang terdapat di persekitaran bandar Melaka pada waktu itu. Entiti-entiti jahat tersebut dianggap punca kepada berlakunya wabak penyakit dan huru hara. Melalui upacara ini, entiti-entiti jahat tersebut akan dihantar pulang ke tempat yang jauh melalui medium perantaraan iaitu tongkang yang akan dibakar pada hari ke-15 dan terakhir Tahun Baru Cina. Kemusnahan dan terhapusnya entiti-entiti jahat tersebut akan memberi kesihatan, keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan kepada komuniti tersebut.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech