Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Sunday - August 20, 2017

Weather: 30°C

Pengenalan

Bahagian Daftar Warisan merupakan bahagian penting yang melaksanakan fungsi Pesuruhjaya menurut peruntukan dan keperluan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) iaitu penetapan dan pendaftaran tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sebagai Warisan. Selain itu Bahagian Daftar Warisan ini juga berperanan dalam mewartakan apa-apa butiran warisan dan Orang Hidup yang diisytiharkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sebagai Warisan Kebangsaan. Selaras dengan fungsi tersebut, Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan utama iaitu Cawangan Pewartaan dan Cawangan Penguatkuasaan.

Pendaftaran butiran warisan merupakan matlamat penting agar rekod warisan negara diwujudkan dan dilindungi undang-undang. Penilaian bagi menentukan signifikasi dan keaslian mana-mana butiran perlu dibuat bagi menjamin integriti sesuatu butiran yang diangkat sebagai Warisan. Mana-mana butiran yang mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi dicadangkan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan untuk dinobatkan sebagai Warisan Kebangsaan. Bagi memastikan proses pewartaan dapat dilaksanakan dengan teratur, cawangan Pewartaan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap tapak kebudayaan (bangunan/monumen), tapak semulajadi dan objek ketara. Tujuan penyelidikan dan penilaian dijalankan adalah untuk menentukan mana-mana butiran dalam senarai inventori/pencalonan mempunyai signifikasi dan keaslian warisan untuk pertimbangan kewajaran warisan oleh Jawatankuasa Pakar.

Setelah butiran warisan diwartakan dan dicatatkan dalam Daftar Warisan Kebangsaan, Cawangan Penguatkuasaan pula bertanggung jawab menjalankan kawalan dan pemantauan bagi memastikan tapak warisan senantiasa dalam keadaan baik dan objek warisan disimpan dalam keadaan yang baik di tempat yang selamat. Setiap permohonan kebenaran yang dirancang di tapak Warisan dan tapak Warisan Kebangsaan perlu mematuhi peruntukan Seksyen 40, Akta Warisan Kebangsaan 2005. Selain itu, Cawangan ini juga bertanggungjawab menjalankan penyiasatan untuk proses pendakwaan sekiranya berlaku apa-apa kesalahan bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005. Cawangan Penguatkuasaan juga bertanggung jawab menilai dan memproses semua permohonan lesen bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu lesen-lesen penggalian objek warisan, eksport dan import butiran asing, salvaj dan penggalian warisan kebudayaan bawah air dan peniaga butiran warisan.

Justeru, bagi memastikan pemahaman dan pematuhan terhadap Akta Warisan Kebangsaan 2005, Bahagian Daftar Warisan mengadakan khidmat nasihat dan ceramah bagi mana-mana pihak yang memerlukan khidmat tersebut dari semasa ke semasa.

Carta Bahagian Daftar Warisan

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech