Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - December 15, 2017

Weather: -273°C

 

Bahagian ini memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua bahagian di bawah Jabatan Warisan Negara dari segi hal ehwal Pentadbiran, Sumber Manusia, Kewangan, Teknologi Maklumat, Pembangunan dan Pusat Sumber. Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan tunjang kepada pengurusan Jabatan.

Carta Bahagian

Cawangan Pentadbiran

Menguruskan hal ehwal pentadbiran harian pejabat, logistik, perolehan, inventori serta urusan mesyuarat/majlis rasmi.

  1. Mengurus mesyuarat / majlis.
  2. Urusetia semua majlis Jabatan dan Bahagian
  3. Urusetia Mesyuarat Pengurusan, MBJ, JKP dan JKPAK
  4. Mengurus aset / Inventori.
  5. Mengurus kenderaan jabatan.
  6. Mengurus keperluan wang pejabat.
  7. Mengurus pembaharuan, kualiti dan produktiviti, ISO, Pekeliling dan Pentadbiran Awam.
  8. Mengurus perolehan.
  9. Mengurus pentadbiran pejabat (keselamatan dan kebersihan).
  10. Urusan jawatankuasa keutuhan jabatan.
  11. Mengurus / menyelia harta modal jabatan.
  12. Urusan sistem failing/surat menyurat.
  13. Mengurus setor Jabatan

Cawangan Sumber Manusia

Menguruskan hal ehwal perkhidmatan, pembangunan organisasi, latihan serta saraan pegawai dan kakitangan Jabatan.

  1. Urusan pengambilan staf baru untuk jabatan.
  2. Urusan pelantikan jawatan jabatan/kader/gunasama.
  3. Urusan proses kenaikan pangkat.
  4. Urusan peperiksaan jabatan dan perkhidmatan.
  5. Urusan penempatan dan pertukaran staf.
  6. Urusan tataterbit jabatan.
  7. Urusan pengistiharan harta.
  8. Urusan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
  9. Urusan menyelaras dan mengemaskini rekod-rekod.
  10. Urusan khidmat jawatankuasa:
    1. Lembaga tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1)
    2. Lembaga tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2)
    3. Lembaga tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1)
    4. Lembaga tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2)
    5. Panel Pembangunan Sumber Manusia
    6. Latihan
    7. Panel Peperiksaan perkhidmatan dan jabatan

Cawangan Kewangan

Menguruskan hal ehwal kewangan seperti bajet tahunan mengurus dan pembangunan Jabatan, memantau prestasi kewangan tahunan Jabatan, pembayaran inbois dan menguruskan tuntutan dan kakitangan Jabatan.

  1. Mengendalikan bajet belanja mengurus tahunan.
  2. Menguruskan pindah peruntukan
  3. Menguruskan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  4. Menguruskan perolehan.
  5. Menguruskan permohonan pendahuluan diri.
  6. Menguruskan panjar wang runcit.
  7. Menguruskan penyata-penyata kewangan
  8. Menguruskan akaun amanah.
  9. Mengendalikan bajet belanja pembangunan.
  10. Menguruskan permohonan waran udara.
  11. Menguruskan tuntutan elaun lebih masa.
  12. Menguruskan pembayaran emolumen dan elaun-elaun.
  13. Menerima hasil.

Cawangan Teknologi Maklumat

Menguruskan hal ehwal perkakasan, perisian, prasarana dan latihan ICT pegawai dan kakitangan Jabatan.

  1. Mengenalpasti dan mencadangkan spesifikasi perkakasan dan perisian untuk keperluan jabatan.
  2. Membangunkan dan menyelenggara laman web untuk jabatan dan memberi latihan kepada pengguna menggunakan sistem dan aplikasi jabatan.
  3. Membangunkan sistem baru dan mengubahsuai fungsinya mengikut keperluan jabatan.
  4. Memberi khidmat sokongan teknikal dan helpdesk kepada pengguna-pengguna sistem komputer.
  5. Mengenalpasti keperluan sistem- sistem aplikasi dan prasarana ICT yang bersesuaian.
  6. Memastikan sistem komputer dan rangkaian jabatan berfungsi dengan baik dan berada dalam tahap keselamatan.
  7. Menganjurkan latihan berkaitan ICT kepada pengguna-pengguna yang akan menggunakan sistem dan aplikasi jabatan.
  8. Membuat perancangan, kawalan, pengesanan dan pemantauan keselamatan agar pelaksanaan projek pengkomputeran jabatan dapat dilaksanakan secara terpusat.

Cawangan Pembangunan

  1. Merancang dan menyelaras cadangan projek mengikut komponen yang telah diluluskan
  2. Menyediakan perancangan projek pembangunan bagi Rancangan Malaysia setiap 5 tahun
  3. Menyediakan dan mengemukakan perancangan projek pembangunan bagi Kajian Separuh Penggal – Pindaan dan tambahan peruntukkan dan projek
  4. Menyediakan Belanjawan Tahunan bagi Rancangan Malaysia 5 tahun
  5. Unjuran belanjawan tahunan setiap projek
  6. Urusan peruntukan dan bayaran di bawah objek pembangunan projek
  7. Memproses waran permohonan dan tarikbalik kepada Kementerian
  8. Memantau perlaksanaan projek pembangunan
  9. Urusan permohonan tanah projek yang dilaksanakan Jabatan
  10. Memantau perlaksanaan projek Jabatan
  11. Menyediakan laporan fizikal dan kewangan projek bagi Jabatan, Kementerian, EPU dan agensi negeri.
  12. Proses perlantikan perunding.
  13. Proses sebutharga dan tender.
  14. Menyediakan laporan prestasi projek bagi setiap suku tahun.
  15. Menentukan agihan mengikut kod projek peruntukan bagi perancangan projek.
  16. Meneliti dan mengemukakan perakuan bayaran projek ke Unit Kewangan.
  17. Bertanggungjawab terhadap permohonan Belanjawan Pembangunan Tahunan, Belanjawan Pembangunan Tambahan – pindahan peruntukan.
  18. Urusetia J/Kuasa Pembangunan Peringkat Jabatan.
  19. Khidmat nasihat teknikal dalam perlaksanaan projek kepada Jabatan.
  20. Mengambil alih kesemua projek Program Ekskavasi/Pemuliharaan Monumen dan Tapak Warisan yang sedang / baru.
  21. Khidmat sokongan teknikal kepada Jabatan dan agensi.
  22. Pengurusan dan pentadbiran projek di peringkat pra-projek dan pra-tender.
  23. Melaksanakan projek melalui proses pemilihan Perunding, pemanggilan, penentuan tender / sebuharga.
  24. Memastikan segala dokumen berkaitan untuk penyediaan skop kerja dan dokumen tender bagi projek yang akan dilaksanakan.
  25. Menyemak dokumen tender, sebutharga, pelan dan segala maklumat projek.

Cawangan Pusat Sumber

  1. Merancang, membina dan menganalisakan kekukuhan koleksi perpustakaan mengikut keperluan rujukan dan penyelidikan
  2. Menjadi pusat rujukan penerbitan dan sumber maklumat
  3. Menyediakan bahan -bahan untuk perpustakaan

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech