Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - July 21, 2017

Weather: 25°C

 Pengenalan

Bahagian Konservasi berperanan memastikan prinsip konservasi yang merangkumi kerja- pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan, penyesuai gunaan dan pendekatan konservasi lain-lain diamalkan berdasarkan kaedah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan piagam bawah International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) seperti Piagam Burra, Piagam Australia 1999 (Charter for the Conservation of Places of Cultural Significance) dan memastikan ia selaras dengan kehendak Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Bahagian Konservasi dibahagikan kepada 3 cawangan utama iaitu Cawangan Kajian Pemuliharaan, Cawangan Pemuliharaan Bangunan dan Cawangan Pelan Pengurusan Pemuliharaan Bangunan. Bahagian ini bertanggungjawab memastikan aspek teknikal kerja pemuliharaan dengan menjalankan kajian awalan untuk meninjau dan menyiasat secara umum keadaan fizikal bangunan dan isu yang berkaitan. Bahagian Konservasi juga melakukan kajian kerosakan pada sesebuah bangunan serta mencadangkan kerja pembaikan yang perlu dilakukan. Pelaksanaan kajian merangkumi penyediaan pelan lakaran bangunan bagi tujuan pemetaan kerosakan, mengenal pasti punca kerosakan dan seterusnya mencadangkan kaedah pembaikan.

Bahagian Konservasi turut bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan projek konservasi yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dan memberi khidmat nasihat bagi kerja konservasi yang dijalankan oleh agensi lain. Bahagian ini turut bertindak sebagai urusetia dalam penyediaan dokumen Pelan Pengurusan Pemuliharaan bagi bangunan yang telah diwartakan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dokumen ini merupakan dokumen rujukan bagi aktiviti pembangunan, pengurusan dan penyenggaraan sesebuah bangunan warisan yang terlibat.

Selaras dengan visi dan misi Jabatan, Bahagian ini turut menjalankan aktiviti penyebaran dan perkongsian ilmu pemuliharaan bangunan warisan kepada masyarakat umum melalui penganjuran bengkel dan kursus.

Carta Bahagian Konservasi

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech