Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tempoh jawatan

Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawah perenggan 10 (a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

(1)   Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

(2) Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) hendaklah menjadi kosong jika-

(a)   dia meninggal dunia;

(b)   telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan –

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau
sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)    dia menjadi bankrap;

(d)   dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)   dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal
Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;

(f)   peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)   pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Pengisian kekosongan

Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

SENARAI AHLI MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN 2018-2020

 1.   YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. IBRAHIM BIN KOMOO (PENGERUSI)
  Pengarah
  Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)
2. YBHG. DATUK RASHIDI BIN HASBULLAH (AHLI)
  Ketua Setiausaha
  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
3. YBHG. DATUK KAMARUL BAHARIN BIN A. KASIM (AHLI)
  Ketua Pengarah
  Jabatan Muzium Malaysia
4. YBHG. DATO’ DR. ZAINAH BINTI IBRAHIM (AHLI)
  Pesuruhjaya Warisan
  Jabatan Warisan Negara
5. YBHG. PROF. EMERITUS DATO’ DR. MOHD GHOUSE BIN NASURUDDIN (AHLI)
  Pensyarah Universiti
  Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM)
6. YBHG. TPR HJH. ROKIBAH BINTI ABDUL LATIF (AHLI)
  Ketua Pengarah
  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia)
7. YBHG. PROFESOR DATO' DR. TEO KOK SEONG (AHLI) 
  Pensyarah Universiti
  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
8. YBRS. PROF. DR. A. GHAFAR BIN AHMAD (AHLI)
  Pensyarah Universiti
  Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM)
9. YBRS. PROFESOR DR. RAJANTHERAN A/L MUNIANDY (AHLI)
  Pensyarah Universiti
  Universiti Malaya (UM)
10. YBRS. PROFESOR DR. MADELINE BERMA (AHLI)
  Pensyarah Universiti
  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
11. YBRS. PUAN JOANNA DATUK KITINGAN (AHLI)
  Executive Secretary
  Sabah Cultural Heritage Council
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech