Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Sunday - August 20, 2017

Weather: 30°C

SEBELUM KONSERVASI (2007) SELEPAS KONSERVASI (2010)

Bangunan lama HSBC (Hong Kong and Shanghai Bank Corporation) yang terletak di Jalan Kota ini adalah sebuah bangunan zaman British yang dibina khas sebagai sebuah bank. Ia dibina sekitar tahun 1912. Bangunan ini direkabentuk dengan gaya klasikal sama seperti lain-lain bangunan HSBC yang sezaman. Tingkat bawah adalah pejabat operasi bank, manakala pengurus dan kakitangan bank warga asing tinggal di tingkat atas. Ia dilengkapi dengan beberapa buah bilik besar dengan dapur, bilik makan serta bilik mandi guna sama. . Situasi ini berlanjutan sehinggalah 40 tahun berikutnya. Pada tahun 1920an, satu blok tambahan (annex) telah dibina sudut kiri di bahagian belakang bangunan utama yang bersambung dengan bilik makan tingkat atas. Di awal pembinaan bangunan ini, ianya terletak di pinggir muara Sungai Melaka tetapi muara ini telah ditambak. Sebatang jalan (Jalan Quayside) dan beberapa buah gudang dibina di kawasan ini. Hasil kajian ekskavasi oleh Jabatan Warisan Negara, pembinaan bangunan ini terletak di atas kubu atau runtuhan Bastion Hendrik Federick, Kota Melaka yang dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Ini dapat dilihat dari kesan ekskavasi arkeologi yang dilaksanakan di bahagian utara bangunan, di mana unjuran temboknya melintasi ke bangunan ini. Pada tahun 2007, bangunan ini telah dibeli oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan sebagai Pejabat Jabatan Warisan Negara Wilayah Selatan dan Galeri Kota Melaka.

Bangunan ini direka bentuk atas pelan yang berbentuk segi empat tepat simetri. Terdapat dua buah pintu utama yang terletak pada sisi kiri dan kanan bangunan. Keempat-empat muka bangunan pula dibina dengan tingkap yang luas bagi memperoleh sistem pencahayaan dan pengudaraan semulajadi yang baik kerana keluasan bangunan tersebut agak luas. Aras kedudukan tingkap tingkat bawah berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari aras jalan dan dipasangkan dengan jeriji besi bagi tujuan keselamatan. Berbeza dengan tingkap pada bahagian atas yang lebih luas dan dihiasi dengan ram kayu (timber lourves) untuk mewujudkan suasana yang aman di bilik kediaman.

Fasad belakang bangunan ini telah dibina bukaan dengan ukuran yang sama dengan tingkap pada fasad hadapan. Kedudukan bukaan tersebut terletak pada bahagian serambi (balcony) dan menghadap pemandangan muara Sungai Melaka yang sibuk dengan kapal-kapal pedagang yang berlabuh di situ pada masa itu. Bahagian tersebut merupakan ruang istirehat (living hall) dan ruang makan bagi penghuni apartment. Selepas tahun 1970an, keperluan bank semakin bertambah maka ruang apartment tingkat atas telah dipecahkan dan ditempatkan dengan pejabat tambahan dan pejabat peguam bank. Pengubahsuaian tersebut telah mengakibatkan kepada pengubahsuaian bukaan pada bahagian tersebut dimana bukaan tersebut telah dipasang dengan daun tingkap yang sama seperti yang terdapat pada tingkap fasad hadapan. Dua buah tangga kayu tambahan telah dibina pada bahagian dalam bank bagi menghubungkan tingkat bawah dengan tingkat atas.

Kerja konservasi bangunan ini merangkumi kerja membaiki, merawat, mengganti elemen dan struktur yang rosak dengan bahan yang sama seperti asal sama ada dari segi jenis bahan, saiz, warna, bentuk , teknik pembuatan dan teknik pemasangan. Antara kerosakan yang dikesan pada bangunan ini adalah kelembapan pada dinding, permukaan cat mengelupas , penggaraman pada plaster dinding, kerosakan struktur kayu, kerosakan lepaan, kerosakan bumbung, sistem pendawaian elektrik yang sudah usang dan sistem perparitan yang tidak teratur.

Di samping itu terdapat juga kerja-kerja membuka semula struktur baru dan binaan baru untuk mengembalikan bangunan kepada asal, seperti bilik kebal dan tangga. Selain kerja-kerja konservasi terdapat juga binaan dan pemasangan baru seperti membina pondok pengawal, pagar, pintu pagar, lantai papan, pemasangan alat penghawa dingin, kipas dan lampu-lampu.

Kerja-kerja konservasi bangunan ini yang bermula pada bulan Januari 2009, telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2010.

Kerja-kerja mengikis lepaan simen dinding luar (Mock-up) lepa dinding Melepa semula dinding luar dengan plaster kapur
     
Membaiki cornice dinding luar Melupuskan struktur ruang tambahan (bilik kebal) dalam bangunan Melepa semula dinding dalam dengan plaster kapur
     
Menyapu bahan anti karat pada struktur bumbung dan siling. Lantai papan, lampu dan kipas setelah siap dipasang di aras bawah bangunan. Aras atas bangunan setelah selesai kerja konservasi
     
Jubin lantai asal yang dikekalkan untuk dipamerkan. Tangga yang dibina oleh bank pada 1960an untuk menghubungkan bank tingkat bawah dengan atas. Tangga ke pintu masuk privisi di bahagian sisi bangunan untuk ke apartment tingkat atas.
     
Pintu masuk utama berpanel kaca bahagian hadapan kiri dan kanan bangunan. Salah sebuah tingkap ditingkat atas dengan motif flora di bahagian atasnya. Tingkap atas yang bermotifkan corak geometri.
     
Bangunan HSBC setelah siap kerja-kerja konservasi (2010)

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech