Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Monday - August 21, 2017

Weather: 26°C

Sebelum Kerja Konservasi Semasa Kerja Konservasi Selepas Kerja Konservasi

Rumah “bungalow” dua tingkat dengan senibina yang menarik ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1608 meter persegi berhadapan dengan bangunan bersejarah Sekolah Kebangsan Sri Tanjung. Rumah yang pernah menjadi kediaman beberapa generasi ini dibina sekitar tahun 1893 dan dikenali dengan nama Rumah “Teh Bunga” kerana warnanya. Rumah gaya ‘Sino-Malay’ ini menggabungkan rumah bumbung limas Melayu dengan ciri-ciri Cina dan Eropah menyerupai Rumah Syed Al-Attas di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Rumah batu ini berbumbung genting India berbentuk V. Pada ‘pediment’ fasad hadapan rumah terdapat lambang bulan dan bintang sebagai tanda penghuni asalnya adalah orang Islam serta diserikan lagi dengan motif flora yang menyerlahkan lagi keunikannya.

Rumah ini terbahagi kepada blok rumah utama, blok penyambung, blok dapur dan blok garaj. Blok rumah utama mengandungi anjung luar, ruang tamu, empat bilik tidur, ruang keluarga dan anjung atas. Begitu juga di blok dapur terbahagi kepada dapur, bilik mandi, tandas, bilik setor dan ruang terbuka. Manakala blok garaj yang terletak bersebelahan blok rumah utama pula menempatkan kediaman pemandu, tempat meletak kereta kuda dan dua kandang kuda. Namun demikian, ruang ini dibiarkan kosong sahaja dan ruang meletak kereta kuda ini digunakan sebagai tempat letak kereta penghuni rumah.

Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Abdul Wahab, seorang Jawi Peranakan Pulau Pinang. Keluarga saudagar ini tinggal di sini untuk tempoh yang singkat sahaja. Pada awal tahun 1900an, rumah ini telah dibeli oleh Encik Tan Chong Keat. Keluarga ini mendiami rumah ini untuk beberapa generasi dan pada satu-satu masa ia pernah didiami oleh tiga hingga empat keluarga. Pada tahun 2008, rumah ini diletakkan dibawah Amanah Raya Berhad sebagai Pemegang Amanah Hartanah.

Pihak Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekkWA) pada masa itu supaya rumah ini dijadikan sebagai Galeri Melayu Pulau Pinang. Pihak kementerian telah membeli rumah ini atas persetujuan pemilik dan kerja-kerja pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara telah bermula pada tahun 2008.

Walau pun pemilik rumah ini telah bertukar ganti dan telah dihuni oleh beberapa generasi, namun keseluruhan fabrik dan karektor rumah ini masih kekal dan tidak terjejas. Kerjasama dari pemilik akhir rumah ini dalam memberikan maklumat telah banyak membantu kerja-kerja pemuliharaan. Kerja-kerja konservasi dilaksanakan pada keseluruhan bangunan merangkumi kerja-kerja membaiki, menggantikan struktur dan elemen yang rosak dengan bahan yang sama seperti asal dari segi bahan, saiz dan warna. Di samping itu juga terdapat kerja-kerja baru seperti pembinaan pondok pengawal serta lanskap di hadapan rumah bagi menyerlahkan lagi keaslian dan keindahan senibinanya.

 

Keunikan Senibina & Elemen Bangunan

 

Antara Kerja-kerja Konservasi Yang Dilaksanakan

Jubin lantai Blok Utama yang masih elok dan dikekalkan Kesisi pada tingkap labuh di tingkat atas Antara rekabentuk jejala dan kekisi udara

 

(a) Kerja-kerja membuka lantai teracota (c) Kerja-kerja mengecat lapisan asas (e) Kerja-kerja membuka lantai yang telah rosak
     
(b) Selepas baikpulih (d) Selepas baikpulih (f) Selepas baikpulih
     
(a) & (b): Blok Penyambung (c) & (d): Bahagian anjung tingkat atas (e) & (f): Lantai bilik tingkat atas
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech