Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Sunday - August 20, 2017

Weather: 30°C

Sebelum Kerja Konservasi Semasa Kerja Konservasi Selepas Kerja Konservasi

Rumah Limas dua tingkat yang tersergam indah di Jalan Tok Lam, Bandar Kuala Terengganu ini telah dibina pada 1920an, zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Shah (1920-1942). Pada asalnya, rumah ini beserta Masjid Putih terletakdiKampung Dalam yang merupakan sebahagian kawasan Istana Maziah. Ia telah lama dikenali oleh masyarakat setempat sebagai ‘Rumah Tiang Kembar’ kerana tiang anjungnya dibina sederet sebanyak lima pasang secara berkembar.

Pemilik asal kediaman atau istana ini adalah Yang Mulia Tengku Dalam.Yang Mulia Tengku Dalam atau Tengku Teh binti Tengku Chik Muda adalah kerabat DiRaja dari Dungun. Bonda beliau ialah Yang Mulia Tengku Wook binti Tengku Chik Dungun, manakala nenda beliau ialah Yang Mulia Tengku Neng binti Tengku Wook Ismail Siak dan Yang Di-Pertuan Muda Tengku Abdullah. Jika dilihat daripada susur galur keturunan ini, beliau mempunyai talian persaudaraan dengan Kesultanan Siak Sri Indrapura. Suami beliau pula adalah Yang Mulia Tengku Sri Bijaya Raja (Tengku Chik Ahmad bin Abdul Rahman). Beliau mendiami rumah ini sehingga ke akhir hayat. Selepas kemangkatan beliau, rumah ini telah menjadi harta pusaka dan diletak bawah jagaan Yang mulia Tengku Sri Wangsa Raja (Tengku Hitam) kerana Yang Mulia Tengku Dalam tidak mempunyai zuriat untuk mewarisi rumah tersebut. Setelah Yang Mulia Tengku Hitam mangkat, rumah ini diwarisi oleh putera beliau yang merupakan Bendahari Negeri Terengganu. Rumah ini pernah menjadi Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu pada tahun 1937 hingga tahun 1938 dan menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu pada tahun 1946 hingga tahun 1979. Pada 21 Januari 1986, kerajaan negeri telah menyerahkan bangunan ini kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu (PSMCT) untuk tujuan kegiatan persatuan.

Pemuliharaan bangunan warisan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 2009-2010. Terdapat struktur dan elemen bangunan telah tertimbus atau diganti dan diubah suai. Antara kesan perubahan ketara boleh dilihat semasa diawal pengambilan untuk kerja-kerja konservasi ialah di bahagian verandah di tingkat atas di mana telah dibina dinding bata dan bertingkap cermin nako. Begitu juga dengan tambahan blok tandas di bahagian hadapan. Sementara di tingkat bawah pula, keadaan yang sama telah berlaku di mana ruang yang sama telah dibuat dinding dan tingkap baru. Antara kerja konservasi yang dilaksanakan ialah meruntuhkan elemen-elemen baru dan mengembalikannya kepada elemen asal. Semasa pelaksanaan kerja, sebuah perigi telah ditemui tertimbus di bahagian bawah rumah. Perigi ini telah dikekalkan untuk menjadi bukti sejarah yang menggambarkan bahawa bangunan ini merupakan sebuah rumah kediaman pada suatu ketika dahulu.

Kini bangunan PSMCT ini turut menempatkan pejabat Persatuan Penulis dan Sasterawan Terengganu (PELITA) serta pejabat Jabatan Warisan Negara bagi Zon Timur.

 

 

Keunikan Senibina & Elemen Bangunan

Ukiran kerawang motif awan larat kombinasi dari jenis gelang puncaserta daun sendal pada kepala pintu lipat dan pintu dua daun. Ukiran kerawang motif awan larat kombinasi tumbuhan dan alam semula jadi serta jerejak berukir menyerlahkan keindahan tingkap labuh ram kayu boleh laras. Ruang serambi kayu direstorasi kepada reka bentuk asal.
       
 
Ruang dalamanaras bawah bangunan Ukiran pada jerejak tangga kayu menyerlahkan lagi keunikan rumah tradisi Melayu. Perigi lama setelah dibina semula.

 

ANTARA KERJA-KERJA KONSERVASI YANG DILAKSANAKAN

Pemeriksaan spesis kayu oleh FRIM.
Ujian Schmidt Hammer Rebounce pada Mock-Upbahan lepaan.
Kerja-kerja mengikis lapisan cat pada permukaandinding kayu
Kerja-kerja menyusun genting senggora pada bumbung bangunan.
Kerja-kerja membentuk motif ukiran kayu oleh pengukir tempatan bagi mengganti ukiran yang rosak sahaja.
Kerja mambaik pulihlepaan danmembentuk kembalimotif hiasan pada tiang anjunng bangunan
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech