Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

KLUSTER AGROKULINARI MAHA 2019

Program Agro Kulinari, MAHA 2018 adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).  Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai penyelaras pengisian ruang pameran dan sudut bacaan khususnya bahan-bahan percetakan masakan dan juga demonstrasi pembuatan Kebebe, Makanan Warisan Kebangsaan 2015.  Program tersebut telah di adakan di Hall D2, Maeps, Serdang.  Bermula dari 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin  Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 22 November 2018 dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 Disember 2018.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan oleh Industri Asas Tani bagi menceriakan lagi program tersebut.  Sasaran pengunjung yang menghadiri ruang pameran dan sudut bacaan serta yang hadir menyaksikan demonstrasi penyediaan Makanan Warisan 2015 iaitu Kebebe terdiri dari pelbagai peringkat umur lelaki dan perempuan.

Khamis, 17 Januari 2019

MESYUARAT PENCALONAN SILAT UNTUK PENGIKTIRAFAN UNESCO – VISIBILITY INVENTORI SILAT MALAYSIA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS)

Satu mesyuarat pencalonan Silat untuk pengiktirafan UNESCO-Visibility Inventori Silat Malaysia telah diadakan pada 26 Disember 2018 (Rabu) bersama wakil pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang diwakili oleh YBrs Encik Shafik Afzan bin Abu Kasim yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Megat Adnan bin Megat Ridzuan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau pihak KBS sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa di dalam website KBS bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat inventori Silat ini tidak tertumpu kepada website KBS sahaja malah juga pada medium media sosial KBS yang lain. Perkara ini penting bagi melihat visibility Silat dalam program-program diperingkat tempatan dan Negara yang dilaksanakan supaya Silat ini mendapat pengiktirafan dunia oleh pihak UNESCO yang dijangka diketahui keputusannya pada bulan November 2019.

Khamis, 27 Disember 2018

Mesyuarat Pencalonan Silat Untuk Pengiktirafan UNESCO Bersama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

Satu mesyuarat telah diadakan pada 19 Disember 2018 (Rabu) bersama pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bersama rombongan yang diketuai oleh YBhg Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Agung PESAKA yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau PESAKA sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat inventori Silat ini tidak tertumpu kepada website PESAKA sahaja malah juga pada medium media sosial yang lain. Perkara ini penting bagi melihat visibility Silat dalam program-program diperingkat tempatan dan Negara yang dilaksanakan supaya Silat ini mendapat pengiktirafan dunia oleh UNESCO yang dijangka diketahui keputusannya pada bulan November 2019.

Jumaat, 21 Disember 2018

Mesyuarat Pencalonan Silat Untuk Pengiktirafan UNESCO Bersama Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM)

Satu mesyuarat telah diadakan pada 18 Disember 2018 (Selasa) bersama pihak Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) bersama rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat DSSM iaitu Puan Maimoon Hussein yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau DSSM sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat inventori Silat ini tidak tertumpu kepada website DSSM sahaja malah juga pada medium media sosial yang lain. Perkara ini penting bagi melihat visibility Silat dalam program-program diperingkat tempatan dan Negara yang dilaksanakan supaya Silat ini mendapat pengiktirafan dunia oleh UNESCO yang dijangka diketahui keputusannya pada bulan November 2019.

Jumaat, 21 Disember 2018

Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kreatif 2018

Pada 7-9 Disember 2018 yang lalu, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput untuk menyertai Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kecil 2018 (KWIK) anjuran Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program 3 hari ini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Karnival ini bertujuan untuk menanamkan semangat, apresiasi dan penghayatan terhadap warisan Malaysia dikalangan rakyat pelbagai usia dan kaum merangkumi seni suara, seni budaya, seni pakaian, seni kraftangan, seni mempertahankan diri, seni penulisan, seni makanan dan lain-lain. Karnival ini turut menghimpunkan pengusaha-pengusaha produk tempatan berasaskan warisan, pembentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh dan key-player dalam pembangunan industri warisan, demonstrasi dan persembahan kebudayaan dalam dan luar negara. Bersempana karnival ini, JWN telah mengadakan pameran dan demonstrasi permainan tradisional yang bertujuan melestari dan mendedahkan permainan warisan kita kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.

Jumaat, 14 Disember 2018

Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’

Pada 4-5 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor dan merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu pada 31 Oktober-1 November 2017. Pada sesi kali ini, hasil perbincangan terdahulu telah diperhalusi dan dibentangkan supaya satu draf garis panduan dan tatacara perlindungan untuk ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’ diperolehi dan disepakati oleh Agensi dan Jabatan yang terlibat. Garis panduan ini seterusnya akan disebar luaskan supaya ia menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat bagi memastikan tiada penyalahgunaan terhadap kedua-dua lambang kedaulatan negara ini.   Justeru, dalam memastikan kesinambungan perbincangan terdahulu, kebanyakan para peserta Bengkel merupakan peserta sama yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bahagian Istiadat, Kementerian Pertahanan, Bahagian Istiadat dan Upacara Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Arkib Negara Malaysia (ANM), Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  Malaysia serta pegawai-pegawai Jabatan Warisan Negara (JWN) sendiri. Bengkel ini juga merupakan perintis dan rujukan untuk penyediaan garis panduan butiran-butiran warisan kebudayaan tidak ketara yang lain pada masa akan datang.        

Rabu, 05 Disember 2018

Singgah Santai @ PNM 2018

Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa komited dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan melestarikan warisan negara termasuklah  permainan tradisonal melalui pelbagai platform. JWN telah memenuhi jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyertai program berkala anjuran PNM iaitu Singgah Santai@PNM 2018  yang telah diadakan pada 3 November 2018 yang lalu. JWN telah membawakan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tutup botol, tating lawi, sepak raga, dam aji dan kerchang untuk dicuba oleh para pengunjung. Program yang diadakan di perkarangan PNM ini mendapat sambutan baik para pengunjung pelbagai peringkat usia yang teruja untuk mencuba sendiri permainan-permainan ini terutamanya permainan masyarakat orang asli iaitu kerchang yang jarang ditemui. Ibu bapa yang hadir turut mengambil peluang untuk bermain permainan yang disediakan bersama-sama anak mereka, sekaligus dapat memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda dalam aktiviti ini disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.     

Rabu, 05 Disember 2018
Halaman 1 dari 7
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech