Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

BENGKEL SEMAKAN PAKAR MODUL B03: PEMULIHAN DAN PEMULIHARAAN

 

 

PORT DICKSON, Negeri Sembilan - Pada 9 hingga 10 Julai 2018 telah diadakan Bengkel Semakan Pakar Modul B03: Pemulihan dan Pemuliharaan. Objektif bengkel ini diadakan bagi menambahbaik deraf terkini Modul B03 bagi dijadikan sebagai panduan untuk pelaksanaan kursus kepada kontraktor bagi kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia dan penghasilan deraf akhir Modul B03 sebelum digunapakai untuk tujuan latihan kepada semua kontraktor yang mempunyai sijil B03 dan yang akan memohon sijil B03. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Zainah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara. Seramai 15 orang panel pakar telah dijemput yang terdiri dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), CIDB, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan K-Builders Sdn. Bhd. Panel semakan pakar ini dijemput bertujuan untuk memberikan pandangan dan idea bagi penambahbaikan modul B03 sebelum boleh digunapakai oleh pihak CIDB bagi tujuan memberi latihan kepada kontraktor mengenai kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan bagi mendapatkan sijil B03.

Jumaat, 10 Ogos 2018 Written by

ASEAN SONGKET FESTIVAL & INTERNATIONAL SONGKET RUN 2018

Asean Songket Festival  telah berlangsung pada 18 dan 19 Julai 2018 (Rabu dan Khamis) & International Songket Run 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti terutamanya kepada remaja tentang keunikan dan keindahan Songket. Ia melibatkan penyertaan dalam dan Luar Negara iaitu Brunei, Indonesia dan Thailand. Selain Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Institut Kraftangan Negara, Karyaneka dan Malaysian Songket Fashion Award (MASFA) juga turut terlibat. MSU telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records kerana penglibatan paling ramai dalam Asean Songket Festival. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Khamis, 09 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR BUSANA, TEKSTIL, SENI HIAS DIRI DAN KRAF BIL.1/2018

Pada 17 Julai 2018 (Selasa), Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mezanine, Jabatan Warisan Negara pada jam 2.30 petang. Jawatankuasa Pakar tersebut terdiri daripada Prof. Dr. Sulaiman Abd Ghani selaku Pengerusi dan ahli-ahlinya seperti Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Puan Zubaidah Sual, Puan Joanna Datuk Kitingan, Tuan Haji Fauzi bin Haji Ab Llah, Puan Noridah binti Johan dan juga Encik Ipoi Datan.

Mesyuarat jawatankuasa pakar bersidang bagi membincangkan cadangan butiran untuk diangkat sebagai Warisan Kebangsaan. Sebanyak 21 butiran telah dicadangkan dalam mesyuarat tersebut.

Jumaat, 03 Ogos 2018

PAUTAN VIDEO PANDUAN SYAIR

SENARAI PAUTAN VIDEO PANDUAN SYAIR

Jumaat, 03 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA (MAKANAN) BIL.1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pakar bagi cawangan Adat dan Budaya telah selesai dilaksanakan sepenuhnya mengikut empat (4) Jawatankuasa Pakar utama yang terdapat dibawah cawangan Adat dan Budaya, Bahagian Warisan Tidak Ketara. Salah satunya, mesyuarat Jawatankuasa Pakar (Makanan) telah diadakan pada 27 Julai 2018 bertempat di Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail, Parkir Bertingkat Bukit Aman, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Chef Ismail bin Ahmad. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

Tujuan mesyuarat Jawatankuasa pakar ini adalah untuk menilai dan menentukan butiran warisan tidak ketara (Makanan) yang sesuai dan mempunyai justifikasi yang kuat serta memenuhi kriteria berdasarkan Seksyen 67.(2) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] sebelum diangkat sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan pada tahun 2018.

Rabu, 01 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA (PERMAINAN TRADISI DAN SENI PERTAHANAN DIRI) BIL.1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pakar bagi cawangan Adat dan Budaya telah selesai dilaksanakan sepenuhnya mengikut empat (4) Jawatankuasa Pakar utama yang terdapat dibawah cawangan Adat dan Budaya, Bahagian Warisan Tidak Ketara. Salah satunya, mesyuarat Jawatankuasa Pakar (Permainan Tradisi dan Seni Pertahanan Diri) telah diadakan pada 18 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Alwi bin Haji Mursyidi. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

 Tujuan mesyuarat Jawatankuasa pakar ini adalah untuk menilai dan menentukan butiran warisan tidak ketara (Permainan Tradisi dan Seni Pertahanan Diri) yang sesuai dan mempunyai justifikasi yang kuat serta memenuhi kriteria berdasarkan Seksyen 67.(2) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] sebelum diangkat sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan pada tahun 2018.

Rabu, 01 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA (PERUBATAN TRADISIONAL) BIL.1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pakar bagi cawangan Adat dan Budaya telah selesai dilaksanakan sepenuhnya mengikut empat (4) Jawatankuasa Pakar utama yang terdapat dibawah cawangan Adat dan Budaya, Bahagian Warisan Tidak Ketara. Salah satunya, mesyuarat Jawatankuasa Pakar (Perubatan Tradisional) telah diadakan pada 25 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Mezzanine, Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Rasadah binti Mat Ali. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

 Tujuan mesyuarat Jawatankuasa pakar ini adalah untuk menilai dan menentukan butiran warisan tidak ketara (Perubatan Tradisional) yang sesuai dan mempunyai justifikasi yang kuat serta memenuhi kriteria berdasarkan Seksyen 67.(2) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] sebelum diangkat sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan pada tahun 2018.

Rabu, 01 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA (ADAT) BIL.1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pakar bagi cawangan Adat dan Budaya telah selesai dilaksanakan sepenuhnya mengikut empat (4) Jawatankuasa Pakar utama yang terdapat dibawah cawangan Adat dan Budaya, Bahagian Warisan Tidak Ketara. Salah satunya, mesyuarat Jawatankuasa Pakar (Adat) telah diadakan pada 18 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Mezzanine, Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Prof. Dr. Datuk Firdaus bin Abdullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

Tujuan mesyuarat Jawatankuasa pakar ini adalah untuk menilai dan menentukan butiran warisan tidak ketara (Adat) yang sesuai dan mempunyai justifikasi yang kuat serta memenuhi kriteria berdasarkan Seksyen 67.(2) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] sebelum diangkat sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan pada tahun 2018.

Rabu, 01 Ogos 2018
Halaman 1 dari 6
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech