Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - October 19, 2017

Weather: 29°C

 

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara

Butiran Warisan : Mak Yong

Jenis : 

Latar Belakang Sejarah : Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra trdisional Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity yang merupakan pengikhtirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya.

Persediaan Persembahan

Para penari dan pelakon biasanya menghias diri sendiri. Watak utama Pak Yong mengenakan kostium khas dengan memakai mahkota kain baldu, sampin la dada, pending dan tersisip sebilah keris di pinggang. Peran, watak kelakar akan mengenakan pakaian aneka warna dan fesyen mengundang ketawa penonton. Bangsal atau panggung dibina beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru. Orkestranya disusun dengan pemain rebab di sebelah Timur berhampiran tiang seri bangsal bagi membolehkan pelakon menghadap ke arahnya sewaktu tarian pembukaan Menghadap Rebab. Pemuzik lain boleh duduk sebaris dengan perebab, mengikut kesesuaian. Peralatan orkestra yang lain termasuklah sepasang gong (tetawak), geduk, gendang, canang, kesi dan serunai. Seikat rotan bera perlu untuk seorang pelakon Pak Yong, Mak Yong, menteri atau raja tertentu. Golok-golok dibuat daripada papan dibelah dua bahagian tengah atau mata (untuk menguatkan bunyi jika memukul) sebagai kegunaan peran sepanjang penampilannya.

Persembahan Mak Yong

Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau Wok dan seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan. Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan.

Cerita-cerita Mak Yong

Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti)

Pengajaran / Unsur-unsur Moral

Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau. Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat walaupun ada kalanya mereka dungu. Kerja raja (kerajaan) hendaklah diutamakan (dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri (dikelek) sesuai dengan etika perkhidmatan penjawat awam. Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech