Cetak


 

Hikayat Hang Tuah (1874) merupakan epik Melayu yang bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh rantau Nusantara. Ia melukiskan wira agung Melayu yang diperlihatkan mempunyai ciri-ciri hebat sebagai seorang wira pada zaman kesultanan Melayu. Hikayat ini mencatatkan keperwiraan Hang Tuah disamping gambaran bangsa Melayu dalam tiga zaman. Zaman permulaan sesebuah kerajaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya diperikan secara jelas dalam hikayat ini. Hang Tuah mewakili zaman dan bangsanya merupakan tokoh yang gemilang dari segi perjalanan hidup dan pencapaiannya. Hikayat Hang Tuah pada dasarnya menceritakan sejarah serta kenyataan hidup bangsa Melayu itu sendiri.

Manuskrip ini juga telah diiktiraf sebgai Memory of the World pada tahun 2001.