Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - May 26, 2017

Weather: 25°C

Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.

Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.

Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka.

Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Ini memperlihat kehidupan mereka berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa, iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif, kerana adat dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.

Sumber :

http://www.academia.edu/2137404/PENGERTIAN_ADAT_RESAM_DAN_BUDAYA_MELAYU

http://prpm.dbp.gov.my

http://www.scribd.com/doc/17486353/Adat-Resam-Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia

http://wikipedia.org/Adat

 

BERIKUT MERUPAKAN CONTOH-CONTOH SENARAI BUTIRAN ADAT YANG TELAH DIANGKAT SEBAGAI WARISAN KEBANGSAAN 2015

  

 

BUTIRAN                 :               ADAT PERTABALAN

 

KATEGORI               :               ADAT DAN BUDAYA

 

KETERANGAN BUTIRAN :

 

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan di Balairong Seri, Istana Negara sejak Yang di-Pertuan Agong yang ke-7.

 

Adat pertabalan ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu dimulakan dengan persiapan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri dengan diiringi oleh juruiring-juruinring baginda dan Dang Perwara serta panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja. Susunan Istiadat Pertabalan ini adalah seperti berikut :
• Ketibaan Seri Paduka Baginda 
• Permulaan Istiadat Pertabalan 
• Watikah Pengisytiharan 
• Penyerahan Keris Kerajaan 
• Penyerahan Watikah Ikrar 
• Ucapan Tahniah dan ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia 
• Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong 
• Pembacaan Doa
• Penerimaan Al-Quran 
• Istiadat Pertabalan Tamat
• Keberangkatan Baginda

 

Upacara Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu hari yang dinamakan sebagai “Hari Kolar”. Maka, Kolar harus dipakai bagi semua penerima Darjah Kebesaran. Apabila memakai Kolar Darjah Kebesaran, selempang bagi Darjah Kebesaran yang sama tidak harus dipakai. Walau bagaimanapun, selempang dari Darjah Kebesaran yang lain boleh dipakai. Hanya satu Kolar sahaja yang boleh dipakai dan ianya dipakai di kedua-dua bahu dan terletak sama panjang dari depan ke belakang dengan lencana terletak pada dada. Dalam kes pemakaian formal atau beruniform, Kolar seharusnya dipakai melalui jerumbai. Kolar tidak perlu dipakai ketika Santapan Diraja.

 

 

 

  

BUTIRAN                 :               ADAT BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

KATEGORI              :               ADAT DAN BUDAYA

 

KETERANGAN BUTIRAN :

 

Kebiasaannya masyarakat Melayu mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari malah ada juga mengamalkan sehingga 100 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.

 

 

Penjagaan masyarakat Melayu semasa berpantang dilakukan untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang keletihan dan lemah semasa melahirkan bayi. Justeru, amalan turun temurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas dan minum air akar kayu serta memakan jamu masih diamalkan masyarakat Melayu hingga kini.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech