Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - July 21, 2017

Weather: 25°C

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujuddipeliharadipulihara bahkandiamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segarPermainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepadadua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman.

Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya.

Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai “titik sentuhannya” yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.

 

ANTARA PERMAINAN TRADISI YANG TELAH DIANGKAT DI DALAM PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN 2015

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         : RAMPANAU

Sukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah. Sukan Rampanau atau berjalan dengan menggunakan cangkungan juga merupakan kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu

 

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          CARI CUCU

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan laman. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Sebelum permainan dimulakan salah seorang dari mereka haruslah menjadi ‘nenek’. Bagi menentukan ‘nenek’, maka undian perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan ‘nenek’. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

 

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          TARIK UPIH

Tarik Upih merupakan satu permainan laman. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Permainan tarik upih ini dimainkan oleh dua orang atau lebih bergantung kepada saiz upih. Salah seorang akan menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Permainan tarik upih ini boleh dipertandingkan. Kebiasaannya, yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech