Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - May 30, 2017

Weather: 25°C

Kewujudan Perubatan tradisional telah menjalari satu tempoh yang amat panjang. Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat dan budaya sesuatu kaum. Pengamalnya (Bomoh, Pawang, Dukun, Bobohizan atau Manang) biasanya menggunakan bahan perantaraan seperti buah-buahan, patung, sampan dan sebagainya ketika sesi pengubatan dilakukan. Cara dan kaedah pengubatannya juga agak pelik dan tersendiri. Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisi ini mempercayai bahawa ianya boleh mengubati dan menyembuhkan penyakit. Perubatan tradisional lebih banyak menggunakan bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan sebagai ubat yang dipercayai tidak memberikan kesan sampingan kepada pesakit. Pengamal perubatan tradisional banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Dikalangan bangsawan, terdapat juga buku perubatan dikarang, yang dipengaruhi dari Parsi seperti kitab Tib. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu. Kini, perubatan tradisonal lebih diterima di kawasan luar bandar sahaja kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan. Sebanyak 7 jenis perubatan tradisional telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan iaitu:

a)    Main Peteri

b)    Ulik Mayang

c)    Bekam

d)    Bomoh Patah

e)    Urut Tradisional

f)     Bidan Kampung

g)    Sewang.

 

                           Bekam

 

                                    Main Pateri

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech