Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - May 26, 2017

Weather: 25°C

Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan setiap orang terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau masyarakat. Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini Antaranya ialah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya. Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah melatih pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.

Sebanyak 2 jenis seni pertahanan diri telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan iaitu:

a)    Seni Persilatan Melayu

b)    Silambam

 

SENI PERTAHANAN DIRI

 

Jenis                          :           Seni Pertahanan Diri Kaum India

Objek Warisan         :           Silambam

Silambam merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara India. Dipercayai, ia telah bermula sejak 5,000 tahun lalu di India. Ia menggunakan tongkat yang diperbuat daripada tongkat buluh bagi mempertahankan diri daripada serangan binatang buas.

 

 

Butiran                      :           Seni Persilatan Melayu

Jenis                          :           Pertahanan Diri

Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ia wujud sejak zaman-berzaman. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di BruneiFilipinaIndonesiaMalaysia, dan Thailand. Silat berbeza dengan seni beladiri yg lain kerana Silat merupakan ilmu kependekaran(beladiri) hak milik orang-orang Melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang lingkup yg lebih luas iaitu merangkumi adat dan adab bangsa Melayu dan nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya. Antara senjata-senjata Melayulama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti kerisbadikkerambitparangpedang,ladingTumbuk Ladatekpitongkattembongdan sundang. Silat terbahagi kepada tiga secara umum iaitu Silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silatyang telah dapat dikesan.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech