Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - May 30, 2017

Weather: 25°C

 

Program Festival Puisi Warisan Antarabangsa merupakan satu program anjuran bersama yang dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak(MUDT). Festival puisi Warisan Antarabangsa ini bertema Kebudayaan dan Alam: Rimba, Gua dan Lelayang(Culture and Nature:Forest, Caves and Swiflets)

Program ini akan diadakan di Taman Negara Niah, Miri Sarawak pada 8-11 November 2008. Peserta akan mencipta dan mendeklamasi sajak yang bertemakan ”Kebudayaan dan Alam: Rimba, Gua dan Lelayang”. Mereka akan  mendeklamasikan sajak yang dihasilkan di dalam gua, hutan dan rumah Chang (rumah panjang).

Festival Puisi Warisan Antarabangsa ini bertujuan menyemarakkan lagi puisi warisan yang bertemakan ”Kebudayaan dan Alam: Rimba , Gua dan Lelayang’ dan juga dicadangkan sebagai platform untuk mempromosi Sarawak khasnya dan Malaysia amnya menjadi satu tempat untuk pemuisi-pemuisi bertemu dalam dua tahun sekali.

YBhg Dato’ Sri Lord Cranbrook dan rombongan telah dijemput khas untuk datang semula ke Sarawak dan akan mengunjungi Gua Niah. Selain daripada rombongan YBhg Dato’ Sri Lord Cranbrook beberapa penyair tempatan dan juga luar negara dari ASEAN, Russia, China, U.K, Australia dan USA juga dijemput untuk menjayakan program ini. Peserta akan mencipta dan mendeklamasi sajak yang bertemakan ”Kebudayaan dan Alam: Rimba, Gua dan Lelayang”.

Antara penyajak yang terlibat sempena Festival Puisi Warisan Antarabangsa di Gua Niah.

Penyajak dari Malaysia mendeklamasikan sajak yang dihasilkan.

Penyajak dari Korea sedang mendeklamasikan sajak.

Penyajak dari Rusia sedang mendeklamasikan sajak di dalam Gua Niah.

Penyaka bergambar bersamaYBhg Dato’ Sri Lord Cranbrook selepas majlis makan malam.

Penyajak cuba meluahkan karya yang dihasilkan dan mendeklamasikan di dalam hutan.

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech