Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Wednesday - September 20, 2017

Weather: 29°C

1. JEJAK WARISAN MEDEKA

Bergambar beramai-ramai di hadapan Tugu Negara

Program Jejak Warisan Merdeka 1Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh .  Jabatan Warisan Negara.  Program ini melibatkan penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli.

Antara lokasi lawatan  di sekitar Kuala Lumpur adalah Dataran Merdeka, Stadium Merdeka, Memorial Tunku Abdul Rahman, Kelab Sultan Sulaiman sementara lokasi lawatan di Melaka adalah Tapak Penyelidikan dan Ekskavasi Penyelamatan Tembok Kota Melaka, Bangunan HSBC, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Harmony Street, Kuil Sri Poyyatha Vinayaga Moorty, Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng dan  Istana Kesultanan  Melayu Melaka.

Taklimat mengenai sejarah Dataran Merdeka

Malam perasmian program Jejak Warisan Merdeka

Pegawai pengiring memberikan maklumat kepada kumpulan 6 bagi menyelesaikan soalan tugasan yang diberikan.

Peserta Jejak Warisan Merdeka yang mengamati barang pameran di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Taklimat yang diberikan oleh pegawai dari Bahagian Konservasi dan Arkeologi, Jabatan Warisan Negara kepada para peserta Jejak Warisan Merdeka 2010 berkaitan tapak ekskavasi di Melaka.

Salah seorang peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri aktiviti ekskavasi.

2. JEJAK WARISAN MASJID

Pada 8 Jun 2009 yang lalu, Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan sebuah program buat julung kalinya melibatkan ekspedisi ke beberapa buah bangunan masjid warisan iaitu Program Jejak Warisan Masjid Kuala Lumpur bersempena dengan Celebration Of Cultural Heritage In Islamic Cultural Capital 2009(KLCIC).  Program ini adalah di bawah seliaan Pertubuhan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO).  Majlis penuh bersejarah  tersebut telah diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Sementara majlis penutup Program KLCIC pula telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Warisan  Y.Brs. Profesor Dr. A Ghafar bin Ahmad.

Melalui program ini, para peserta dibawa melawat ke masjid-masjid warisan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Sebanyak lima buah masjid terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Masjid Jameul Ehsan di Setapak, Masjid India di Jalan TAR, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Asy-Syakirin di KLCC dan Masjid Wilayah di Jalan Duta.  Selain itu Muzium Kesenian Islam juga turut lawati kerana di sinilah para peserta dapat melihat dan mendalami ciri-ciri seni bina Isalm denag lebih meluas lagi. Fokus lawatan lebih kepada melihat sesebuah masjid itu dari sudut sejarah, fungsi dan keunikan seni binanya. Selain itu, ianya juga merupakan satu cara untuk mendedahkan generasi muda tentang kepentingan memelihara dan memulihara warisan negara khususnya yang terdapat di Kuala Lumpur.

Penyertaan terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan lapisan masyarakat. Program ini yang hanya mengambil masa satu hari sahaja.  Melalui program seperti ini para remaja berpeluang mempelajari serta menghayati seni bina Islam yang sememangnya cukup terkenal dalam sejarah tamadun dunia.  Pendekatan sebegini juga merupakan satu pendedahan dalam mengatasi  jurang pendapat-pendapat tertentu terhadap masjid yang dianggap sebagai suatu kawasan larangan untuk dilawati di kalangan  bukan muslim.

Peserta dibawa melawat ke Masjid Kampung Baru.

Persembahan  deklamasi puisi daripada Datuk Kamala

Pelepasan bendera oleh Menteri Penerangan, Kemunikasi dan Kebudayaan kepada para peserta program.

Taklimat daripada ahli Persatuan Arkitek Malaysia  kepada para peserta.

Majlis perasmian Program Jejak Warisan Masjid telah disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Masjid Jamek yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman juga turut menjadi salah sebuah bangunan yang dilawati oleh peserta.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech