Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - November 23, 2017

Weather: -273°C

Seni halus ialah satu proses membina, membuat atau menghasilkan objek atau barangan melalui kreativiti dan kehalusan hasil kerja yang sangat tinggi. Ada juga yang yang mengatakan sebagai satu proses penghasilan hasil seni di dalam bentuk lukisan, catan, cetakan dan arca. Seni halus telah mewarnai kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Ia diwarisi melalui pembelajaran dari nenek moyang kita yang kaya dengan warisan seni halus ini.

Antara seni yang begitu berkait rapat dengan masyarakat pelbagai kaum ini antaranya ialah seni bina rumah kediaman dan masjid, pembuatan pakaian sehari-hari, pembuatan tembikar atau seramik, pembuatan batik, ukiran kayu, anyaman tikar mengkuang, tenunan songket, pembuatan pakaian, tekatan perak dan emas, batik, pua kumbu, kain destar dan kain tenun, manik, penghasilan tembaga, labu sayung, perhiasan diri dan berbagai-bagai seni halus yang lain. Motif penghasilan seni halus ini pula lebih tertumpu pada pengaruh alam sekeliling seperti flora dan fauna. Hasil seni halus ini juga memaparkan ketinggian serta kepandaian si penghasil  yang dapat menghasilkan hasil kerja tangan tradisional yang begitu halus dan bernilai tinggi.

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech