Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - October 19, 2017

Weather: 29°C

Muzik

Merupakan satu cabang seni yang mengandungi bunyi-bunyian yang disusun sama ada melalui suara (vokal), alam semula jadi atau persekitaran dan peralatan yang sengaja dihasilkan oleh manusia untuk mengeluarkan bunyi berirama melaluinya. Muzik yang baik mampu memberi gambaran tentang pemikiran, emosi dan adakalanya persekitaran budaya si pencipta muzik itu. Muzik dalam ertikata seni persembahan adalah sebuah persembahan langsung (terus) yang dihidangkan secara kreatif kepada penonton sama ada dipersembahkan secara solo atau berkumpulan. Terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia seperti muzik asli, pop yeh-yeh, irama Malaysia, etnik, nasyid, jazz, rock, pop, dan sebagainya. Muzik nobat sehingga kini masih dianggap sebagai milik istana dan hanya  dimainkan untuk majlis-majlis istana sahaja.

 

SENI PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL YANG TELAH DIANGKAT DI DALAM WARISAN KEBANGSAAN 2015

 

 

Jenis                    :Seni Muzik

Seni Persembahan         :NOBAT

NOBAT merupakan satu bentuk kumpulan muzik tradisional yang masih diwarisi turun temurun sehingga kini. Ia berasal dari Parsi dan berkembang ke Negara-negara Islam seperti Sepanyol, Utara Afrika, India dan juga Alam Melayu.

Menurut Sejarah Melayu, Raja Bentan merupakan Raja yang pertama dari golongan istana yang memainkan Nobat. Raja Bentan telah belayar ke Timur Tengah dan membawa balik satu orkestra yang mengandungi tiga gendang besar dan satu trompet panjang yang dikenali sebagai Nobat. Alat muzik Nobat dijadikan sebagai hak kepunyaan raja-raja di Alam Melayu. Disinilah bermulanya muzik Nobat dan golongan istana telah menjadikan ia sebagai lambang kebesaran dan kemuliaan muzik istana.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech