Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Monday - August 21, 2017

Weather: 26°C

Tarian

 

Tarian adalah pergerakan tubuh badan secara beriramayang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud, dan pemikiran. Muzik atau bunyi-bunyian yang mengiring tarian memperkuat maksud yang ingin disampaikan oleh penari atau koreografer tarian itu. Gerakan tarian berbeda dari gerakan sehari-hari seperti berlariberjalan atau bersenamkerana tarian biasanya bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu melalui gerak tubuh yang disulami emosi penarinya. Tarian terbahagi kepada beberapa genre seperti  tarian tradisional rakyat, kreasi baru, moden, kontemporari dan satu ketika dahulu terdapat tarian yang dikhususkan untuk golongan istana seperti joget gamelan. Tarian juga turut dipersembahkan dalam bentuk penceritaan yang disebut dramatari.

 

SENI PERSEMBAHAN TARIAN YANG TELAH DIANGKAT DI DALAM WARISAN KEBANGSAAN 2015

 

 

Jenis                    :Seni Tarian

Seni Persembahan         :TARIAN PIRING

TARIAN PIRING atau Tarian Piriang merupakan sebuah seni tarian yang asalnya dibawa oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari daerah Bukit Tinggi, Sumatra Barat, Indonesia. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan malahan ia telah diterima sebagai amalan budaya masyarakat Minang dan Melayu Negeri Sembilan.

Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh caklempong dan saluang. Bagi menambah unsur-unsur estetika, magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton akan berasa ngeri dan kagum apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil melakukan gerak tari.

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech