Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Wednesday - September 20, 2017

Weather: 29°C

Seni teater merupakan salah satu dari cabang seni persembahan yang menggunakan kombinasi lakonan (dialog pertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik, tarian, bunyi-bunyian, unsur ritual, pencahayaan, set, props, kostum, mekap dan unsur kekaguman pentas.  Ia boleh mempunyai mana-mana satu atau lebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain seperti muzik dan tarian. Teater bukan sekadar untuk hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk pendidikan, alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre seperti teater absurd, tradisional, purba, sandiwara, moden, monodrama, dan muzikal.

 

ANTARA SENI TEATER YANG TELAH DIANGKAT DI DALAM PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN 2015

Jenis            : Seni Teater

Seni Persembahan         : JIKEY

JIKEY merupakan satu bentuk seni teater tradisional Melayu yang telah wujud sejak 1950an lagi di utara semenanjung Malaysia iaitu Langkawi, Kedah dan Perlis. Teater tradisional ini turut dipengaruhi oleh elemen teater tradisional melayu yang lain seperti Mak Yong, Mek Mulung dan Menora. Jikey dipercayai bermula melalui nyanyian zikir sebelum dikembangkan menjadi sebuah persembahan yang lengkap yang dinamakan Jikey. Elemen persembahan teater tradisional ini merangkumi aspek lakonan melalui dialog improvisasi dan lawak, muzik, nyanyian dan gerak tarian.

Persembahan Jikey biasanya diadakan pada sebelah malam dan jika ceritanya agak panjang ianya boleh berlanjutan hingga ke tiga malam. Persembahan Jikey tidak sunyi dengan improvisasi sewaktu berdialog, lakuan fizikal, nyanyian dan tarian. Tirai digunakan dalam setiap persembahan Jikey. Di zaman kegemilangannya, terdapat tiga (3) tirai yang berbeza warna. Warna-warna merah sebagai penyeri persembahan. Warna hitam melambangkan malam dan tirai putih berfungsi sebagai istana raja dan sebagainya.

 

Jenis                    :Seni Teater

Seni Persembahan         :MEK MULUNG

MEK MULUNG merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah.

Persembahan Mek Mulung dilakukan sewaktu temasya perkahwinan atau keramaian dan juga sebagai ritual untuk mengingati semangat nenek moyang. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran. Kumpulan persembahan ini terdiri daripada 12 hingga 20 orang pemain serta pemuzik. Disamping menyelitkan unsur-unsur magis, mitos, sejarah asal usul dan sebagainya, persembahan juga lebih mudah difahami dengan menghayati jalan ceritanya. Peran memainkan peranan penting di dalam Mek Mulung. Telatah dan jenaka peranlah yang menjadi tarikan. Kebiasaannya persembahan dimulakan dengan upacara ritual “buka panggung” dengan membakar kemenyan dan bacaan mentera untuk memujuk dan memuja semangat Mek Mulung selain memohon restu untuk pemain juga penonton. Di hujung persembahan, diadakan tarian yang ringkas dan bomoh akan menghadiahkan jampi serapah sebagai tanda kesyukuran kepada semua semangat yang menjayakan majlis itu.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech