Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

SESI BRAINSTORMING BAGI TASK FORCE GALERI & AKTIVITI AGROKULINARI MAHA 2018

Satu sesi “Brainstorming” bagi task force untuk galeri dan aktiviti agrokulinari sempena MAHA 2018 telah diadakan pada 27-28 September 2018 bertempat di MAEPS Serdang. Sesi ini telah diselaraskan oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA). Bengkel ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Industri Asas Tani, Puan Roziah binti Abudin. Bengkel ini telah dihadiri wakil daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) iaitu Puan Junaidah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Encik Mohd Ieezwan bin Mohd Sadik, Penolong Pengarah Cawangan Adat dan Budaya. Kluster agrokulinari merupakan salah satu daripada kluster yang…
Isnin, 15 Oktober 2018

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menyokong aktiviti membudayakan warisan seni budaya Malaysia kepada setiap golongan masyarakat. Penglibatan dalam aktiviti sihat seperti bersukan contohnya akan membentuk sahsiah diri seseorang untuk menjadi seorang yang mudah bekerjasama, fokus dan berdisplin. Apatah lagi sekiranya aktiviti-aktiviti sihat ini diterapkan diawal usia bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Justeru, JWN mengalu-alukan usaha Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas pada 6-16 Ogos 2018. Sebanyak 65 sekolah rendah dan menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan khas kepada murid berkeperluan khas telah turut…
Selasa, 28 Ogos 2018

ASEAN SONGKET FESTIVAL & INTERNATIONAL SONGKET RUN 2018

Asean Songket Festival telah berlangsung pada 18 dan 19 Julai 2018 (Rabu dan Khamis) & International Songket Run 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti terutamanya kepada remaja tentang keunikan dan keindahan Songket. Ia melibatkan penyertaan dalam dan Luar Negara iaitu Brunei, Indonesia dan Thailand. Selain Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Institut Kraftangan Negara, Karyaneka dan Malaysian Songket Fashion Award (MASFA) juga turut terlibat. MSU telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records kerana penglibatan paling ramai dalam Asean Songket Festival. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh…
Khamis, 09 Ogos 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR BUSANA, TEKSTIL, SENI HIAS DIRI DAN KRAF BIL.1/2018

Pada 17 Julai 2018 (Selasa), Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mezanine, Jabatan Warisan Negara pada jam 2.30 petang. Jawatankuasa Pakar tersebut terdiri daripada Prof. Dr. Sulaiman Abd Ghani selaku Pengerusi dan ahli-ahlinya seperti Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Puan Zubaidah Sual, Puan Joanna Datuk Kitingan, Tuan Haji Fauzi bin Haji Ab Llah, Puan Noridah binti Johan dan juga Encik Ipoi Datan. Mesyuarat jawatankuasa pakar bersidang bagi membincangkan cadangan butiran untuk diangkat sebagai Warisan Kebangsaan. Sebanyak 21 butiran telah dicadangkan dalam mesyuarat tersebut.
Jumaat, 03 Ogos 2018

PAUTAN VIDEO PANDUAN SYAIR

SENARAI PAUTAN VIDEO PANDUAN SYAIR
Jumaat, 03 Ogos 2018
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech