Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

RAKAMAN VIDEO PANDUAN SYAIR UNTUK SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 4 ZON

Rakaman video ini akan melibatkan kerjasama Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Rakaman video dendangan syair ini akan melibatkan beberapa orang pendendang berpengalaman seperti Rogayah Hamid (Pendendang ), Cikgu Zarina Saamah (Pendendang), Shafa’tussara Silahudin (Pendendang), Hazwan Haziq (Pendendang). Lapan (8) buah irama syair ini telah dipersetujui dan dipilih oleh mereka yang pakar dalam bidang ini mengikut kesesuaian . Irama syair yang dipilih akan digubah mengikut kesesuaian notasi dan rangkap syair dan akan dinyanyikan semula oleh para pendendang syair yang berpengalaman. Rakaman irama syair ini ini akan mengikut piawaian dan penetapan yang sebenar di bawah Sekysen 124 (f) Akta Warisan…
Jumaat, 03 Ogos 2018

IFTAR@BERBUKA PUASA @ KUALA LUMPUR 2018 DI DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR

Program Iftar(Berbuka Puasa)@Kuala Lumpur 2018 telah dilaksanakan bermula sejak tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun ketujuh (7) keseluruhan dan kesinambungan daripada program Festival Ramadan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sebelum ini. Iftar@Kuala Lumpur 2018 juga diurusetiakan bersama oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian. Program ini telah berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan iaitu bermula pada 26, 27 Mei dan 2, 3, 9, 10 Jun 2018. Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dipertanggungjawabkan dilantik sebagai Jawatankuasa Kecil bagi pameran bubur lambuk.…
Rabu, 04 Julai 2018

BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA

Bengkel Metodologi Penyelidikan Kebudayaan Tidak Ketara yang telah diadakan pada 2 Mei 2018 bertempat di MaTiC,Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Objektif kursus ini adalah seperti berikut: 2.1 Bengkel ini dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan kebudayaan tidak ketara. 2.2 Memberi pengetahuan berkaitan metodologi, ciri dan pendekatan yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan mengikut kesesuaian bidang kebudayaan tidak ketara. 2.3 Menghasilkan penyelidikan dan penulisan yang komprehensif dan berkualiti. Seramai 28 orang peserta dan seorang penceramah jemputan telah dipanggil untuk menjayakan kursus tersebut. Jabatan ini menjemput seorang penceramah untuk memberi panduan dan tunjur ajar kepada peserta kursus iaitu…
Selasa, 03 Julai 2018

PESTA MAKANAN WARISAN@PADANG SK BELURU, KUALA KANGSAR, PERAK PADA 01 MEI 2018

Pada 01 Mei 2018, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Beluru, Kuala Kangsar, Perak telah berlangsungnya Pesta Makanan Warisan 2018 anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK). Objektif utama program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat mengenali lebih dekat tentang warisan Malaysia. Selain itu, butiran warisan negeri Perak khususnya yang telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan dan diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dapat diketengahkan. Program sebegitu juga, merupakan antara peluang JWN untuk menyebarluas dan memupuk jati diri masyarakat Malaysia terhadap warisan. Bagi merialisasikan objektif program tercapai pelbagai pengisian telah disediakan untuk para…
Selasa, 03 Julai 2018

BENGKEL PENGADILAN PERMAINAN TRADISIONAL

Selaras dengan penguatkuasaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan di bawah air, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, harta karun dan perkara-perkara berkaitan, Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai entiti yang dipertanggunjawabkan sentiasa komited untuk memenuhi tanggungjawab ini. Justeru, dalam usaha untuk menyempurnakan amanah ini, kakitangan JWN sentiasa diberikan latihan dan kursus yang berterusan dan sesuai dengan fungsi utama Jabatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan individu. Bermatlamat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran kakitangan JWN berkaitan pengadilan dan kaedah permainan tradisional, Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) telah menganjurkan Bengkel Pengadilan…
Selasa, 03 Julai 2018
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech