Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menyokong aktiviti membudayakan warisan seni budaya Malaysia kepada setiap golongan masyarakat. Penglibatan dalam aktiviti sihat seperti bersukan contohnya akan membentuk sahsiah diri seseorang untuk menjadi seorang yang mudah bekerjasama, fokus dan berdisplin. Apatah lagi sekiranya aktiviti-aktiviti sihat ini diterapkan diawal usia bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Justeru, JWN mengalu-alukan usaha  Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas pada 6-16 Ogos 2018. Sebanyak 65 sekolah rendah dan menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan khas kepada murid berkeperluan khas telah turut serta dalam karnival ini.  Seramai 8 kakitangan Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), JWN telah dijemput sebagai pengadil bagi pertandingan sukan rakyat yang berlangsung pada 14-16 Ogos 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pertandingan yang dibahagikan kepada kategori sekolah rendah dan menengah ini melibatkan permainan congkak, batu seremban, dam aji, sepak takraw, galah panjang dan tarik tali. Selain kakitangan JWN sendiri, sukarelawan dari IPG Ilmu Khas turut dijemput menjadi pengadil pada pertandingan ini.

Ternyata objektif karnival ini yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar berkeperluan khas menonjolkan bakat individu serta sifat berdaya saing secara sihat berjaya dicapai. Karnival ini ternyata membuka mata bahawa kekurangan pada seseorang bukanlah penghalang untuk melakukan sebarang aktiviti yang diminati. Semua peserta yang mengambil bahagian jelas menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi serta jelas keseronokan mereka bermain dan bergaul diantara satu sama lain walaupun berlainan sekolah. Selain sukan rakyat, permainan lain yang dipertandingkan pada Karnival Permainan ini adalah bowling, futsal dan bola jaring. Majlis penutup karnival ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Md Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.       

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech